Thursday, January 28, 2010

PERSEPSI BLOG

0


Salamualaikum warahmatullah...


”wey, aku baru buat blog. Hang p la bace. Baru je siap ari ni. Aku da post da sket.” kata A kepada B ”hang buat blog? Biar betul hang ni? Hang x takot ke? Mesti hang tulis pasal politik nh. Bek hang hati2 sket. Kang kena tangkap bru hang tau”.

Dialog ini mungkin sering atau jarang kita dengar di dalam bual bicara sebahagian rakyat Malaysia.Persoalannya sekarang, apakah setiap penulisan blog itu adalah berkaitan politik? Dan ’Politik’kah sesuatu Blog itu? Mungkin bagi pelajar-pelajar universiti jarang sekali mendengar soal ini tetapi berdasarkan apa yang saya alami, inilah hakikatnya terutama dari golongan usia yang melebihi 40-an. Ini menjadi satu masalah kepada para penulis blog yang menyebabkan mereka menjadi khuatir kalau-kalau pendapat yang mereka lontarkan disalah ertikan dan mereka dipandang pelik oleh sesetengah golongan masyarakat terhadap penulisan mereka. Seharusnya kita lihat dahulu apakah yang menyebabkan sesorang itu ingin menulis sesuatu blog?

Kenapa Tulis Blog?

Di sini saya meletakkan beberapa sebab utama sesuatu blog itu ditulis.

1. mengeluarkan pandangan mengenai isu-isu semasa melalui konsep kebebasan memberi pandangan.

2. meng’update’ diari kehidupan agar dapat diketahui oleh rakan-rakan yang berjauhan

3. menyebarkan ilmu-ilmu spt rsepi masakan, cara-cara meng’upload’ gamba dsb

4. menyebarkan dakwah dan ilmu-ilmu berkaitan Islam sperti persoalan Fiqh, hukum-hakam dan fatwa

5. memberi suatu gambaran kehidupan kepada pembaca akan soal arus hedonism, sekularism dan liberal thinking yang menular dalam jiwa remaja kini

6. menghuraikan hasil-hasil kajian yang telah dibuat agar dapat ditatap dan di pelajari oleh masyarakat

7. dan seribu 1 sebab untuk menulis blog

Jelas lita lihat di sini kebanyakan penulis blog menulis blog atas sebab prihatinnya mereka kepada keadaan pada zaman ini dengan menyampaikan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi yang tidak semua orang dapat mengecapinya. Berbalik kepada persoalan asal. Apa yang dapat kita cedok daripada dialog ringkas di atas ialah bagaimana persepsi masyarakat kini kepada karya-karya penulisan blog. Mereka terlalu rigid dan jumud kerana beranggapan bahawa tujuan penulisan blog adalah untuk mengutuk mana-mana agensi politik di negara ini khususnya hinggakan memandang serong kepada penulisnya. Saya tidak menyalahkan masayarakat semata-mata kerana mungkin mereka berfikiran sebegitu kerana dalam kebelakangan ini ramai penulis blog ditahan kerana menyentuh isu-isu yang sensitif. Namun kita harus membuka minda kita dan berfikir out of the box tentang apakah penulisan blog itu sebenarnya. Disini saya akan menghuraikan lagi soal persepsi dan konsep pemikiran yang perlu kita perbetulkan dalam mencorak satu kehidupan yang sempurna disamping menyirnakan pemikiran negatif.

Spekulasi Menyirnakan Dakwah Mecorakkan Fitnah

Apa yang dimaksudkan disini semestinya mengenai permasalahan yang timbul sekarang apabila sesuatua artikel itu disalah ertikan atau lebih tepat dimanipulasi. Ini merupakan kesinambungan daripada post saya yang terdahulu iaitu Hidangan Mata Mengaburi Santapan Minda. Yang dikatakan dimanipulasi di sini ialah apabila suatu perkara itu ditulis yang memberi satu kesedaran kepada masyarakat dan tidak disenangi oleh beberapa pihak oleh kerana ia mengenai batang hidung mereka sendiri, mereka dengan culas memandang ia sebagai suatu bentuk penghinaan ke atas mereka dan memanipulasi perkara tersebut supaya ia menjadi suatu penulisan yang berbentuk penghinaan dan berbaur hasutan.

Kaedah untuk memanipulasinya cukup mudah dengan mengambil sebahagian ungkapan dari penulisan tersebut yang jika DIBACA tanpa DIFIKIR akan menimbulkan kemarahan kepada pembaca kerana ia berbaur hasutan atau tomahan yang membuta tuli. Pada hakikatnya penulis itu menerangkan tentang sesuatu perkara yang hak yang sepatutnya kita ambil pengajaran dan menerapkan di dalam sanubari kita. Namun, akibat spekulasi yang buruk itu, penulisan itu yang pada asalnya ialah satu bahan DAKWAH kini menjadi FITNAH dan lebih teruk lagi penulis itu di’ban’ kerana membawa mesej hasutan dan penghinaan yang kononnya menyentuh isu sensitif padahal tiada terungkap dalam hati sanubari penulis itu untuk menyakiti hati sesiapa kerana dakwah bukanlah suatu benda yang penyakitkan jika didengari.

Jadi disini ingin saya mengajak anda semua supaya melihat terlebih dahulu apa yang diperkatakan oleh seseorang itu sebelum membuat tafsiran. Sekadar peringatan, ”MEMBACA dengan MATA ertinya BUTA,MEMBACA dengan MINDA ertinya BIJAKSANA”.

Wallahualam....

0 comments:

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting