Tuesday, May 3, 2011

KRITIKLAH DENGAN PENYELESAIAN

11

salamualaikum warahmatullah

2 hari saya tercari-cari apa yang ingin dikogsikan dalam blog ini. Haa! Teringat kembali apa tujuan TINTA ZIKIR MENCORAK FIKIR menjadi wadah blog ini.Ya! peristiwa-peristiwa yang saya lalui akan saya garapkannya dalam bentuk fikir pada zikir yang saya lihat@alami itu.

Terlalu banyak sebenarnya mehnah dan tribulasi,suka dan gembira,penat dan lelah yang saya lalui selama blog ini terdiam membisu selama ini(sebab itu blog ini tak diupdate...alasan lagi!). Jadi bagi menepati tema blog ini sendiri disamping menggarap ibrah utk semua, ada satu nukilan kisah untuk kalian.

Al-Kisah....

"Faiz!"tegur ku pada teman terbaik yang penah ku kenali itu.Link

"video untuk hari ini macam mana? dah ada ke belum?"
Seperti kebiasaan pada tiap-tiap hari Jumaat, kami akan menayangkan video berbentuk ilmiah yang disertakan dengan tazkirah di dewan kuliah sebelum kuliah petang bermula. Dan orang yang incharge untuk penyediaan video tersebut ialah Faiz,Ketua Lajnah Multimedia SAHABAT PASUM.

"Ada dah. Tapi kali ni bukan ambik kt internet, tapi Zul create sendiri. Sapa nak bentang hari ni?"
Memang menjadi lumrah, sejam sebelum tayangan baru kami berdua cari orang untuk membentangkannya.

"Takpelah. Takyah cari orang lain. Biar aku present video tu hari ni. Lagipun dah lama aku tak buat." aku menawarkan diri untuk memberi tazkirah beserta tayangan video tersebut. Dalam hatiku tertanya-tanya. 'Apa video yang zul buat ni ya?takpelah,macam tak biasa je dengan cara ni' kadang-kadang video yang ditayangkan belum ditonton terlebih dahulu oleh pembentangnya. hikmahnya ialah untuk melatih kami untuk spontan dan tidak memberi tazkirah berdasarkan skrip. Biarlah ianya dari hati kami sendiri(sebenarnya last minutenya kerja...hehe)

VIDEO

'Allah! video pasal masalah sosial rupanya. Memang teringin nak sentuh soal ni secara berdepan-depan di dewan kuliah. Tapi sebelum ni aku tak berani. Takut menyinggung perasaan yang lain.Takpe. Try je lah. InsyaAllah niatku baik.'

Video ini ku klasifikasikan sebagai agak berat kerana ia banyak memaparkan isu sosial. Masalah-masalah couple, pendedahan aurat yang berleluasa,soal anak luar nikah dan sebagainya dipaparkan dalam 7 minit video itu berjalan.

"nak goreng macam mana ni,Faiz? Dasyat sangat video ni. Takut kang aku tak berlapik je"luahanku kepada Faiz

"Mung buat je. Dok kire la berlapik ke dok. Yang penting sampai tujuan. Jangang sampai orang maroh dah le"kata Faiz yang sememangnya anak jati Terengganu.

'Ok dah habis. Bismillahi rahmani rahim.'gementar di hati masih terasa walaupun selalu memberi tazkirah di hadapan. Tapi kerana isi yang akan ku bawa petang itu agak berat, getaran cemas itu semakin kuat. Bantulah aku, Ya Allah.

Bicara Yang Pedas Untuk Kemanisan
dewan kuliah..
"salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"aku memulakan bicara di hadapan hampir 400 orang pelajar Asasi Sains UM.

"Seperti yang kalian lihat pada video sebentar tadi, itulah realitinya masyarakat kita sekarang. Hatta, yang sebaya dengan kita,ramai yang bersikap begini. Kadang-kadang kita sering berteori mengenai isu-isu ini. Nah!buktinya"
saya memulakan dengan memberi gambaran sebenar melalui video sebentar tadi.

seterusnya bicara 'pedas'ku ku teruskan hinggalah ku menyentuh soal aurat dan tudung
" Sekarang ini ramai ada sesetengah dalam kalangan kita yang memakai tudung tanpa mengenali apa tujuannya. Kalian men'fesyen'kan tudung itu. Dalam Al-quran Allah telah menyebut apa asbab dan tujuan tudung itu wajib kalian pakai. Dalam surah Al Ahzab Ayat 59,

'Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya(tudung) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'

ku berhenti sebentar menghela nafasku,lalu menyambung butir-butir bicaraku,

"Lihatlah wahai wanita betapa Allah mencintai kalian. Seperti mana yang kalian lihat dalam video sebentar tadi, ramai gadis-gadis dirogol. Kerana apa?kerana tertarik dengan pameran 'percuma' yang kalian berikan. Bukankah manis bila kalian melabuhkan tudung kerana Allah kata kalian tidak akan diganggu?inilah kaedah keselamatan daripada dirogol yang Allah telah beri kepada kalian"Ya! Itulah solusi masalah rogol.

"saya lihat ada dikalangan kalian sendiri men'selempang'kan tudung hingga menampakkan bentuk dada kalian"Alhamdulillah. Ketika lafaz itu keluar dari bibirku, beberapa orang pelajar perempuan membuka kerongsangnya dan melabuhkan tudung mereka. Berhasil!

"Lagi teruk lagi, ada juga yang pakai tudung ikut masa. Waktu kuliah dia pakai,luar kuliah dia buka"

"Sahabat yang saya kasihi, saya bukan berdiri di sini untuk mengkritik atau menghukum, tetapi inilah realitinya pada zaman ini. Dan solusi kepadanya Allah telah berikan. Oleh kerana itulah kita perlu mematuhi suruhanNya yakni menjauhi zina iaitu dengan tidak bercouple dan menutup aurat iaitu dengan memakai pakaian yang sebetulnya"

Lumrah kritikan pasti akan ada yang terasa. Namun solusi tetap ku bawa jua.

Usai tazkirah 15minit ku itu,aku kembali ke tempat ku. Belum sempat ku melabuhkan punggungke ke kerusi hitam dewan kuliah itu,

"Bagus Hud, betul ape ko cakap 2"luahan kawan seperjuangan ku di belakang. Walaupun ia suatu pujian, namun resahnya tetap ku rasai. Pasti ada yang memusuhi ku dengan kata-kata ku itu. Biarlah. Aku cuma berdoa jika ada yang kurang senang dengan kata-kata ku itu supaya bertemu aku untuk berbincang.

Rupanya,tanpa aku sedari, seorang pelajar perempuan yang merupakan salah seorang pelajar yang memakai tudung 'ikut masa' ada memendam sesuatu.

BERSAMBUNG.....

Kritiklah Dengan Solusi

Jika sahabat-sahabat lihat pada kisah di atas(adaptasi dari kisah sebenar yang saya sendiri alami),ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah bagaimana kita untuk berdepan depan masyarakat kita dengan isu-isu pedas sebegini. Soal kaedah pembawakan isu itu akan kita bincangkan pada post sambungan.

Cumanya disini ingin saya tekankan,kritiklah dengan solusinya. Jangan kita sekadar mengkritik 'ini tak betul', 'ini haram' dan sebagainya tanpa membawa jawapan kepada masalah tersebut. Jika couple haram,yang halalnya bernikah(nikah khitbah dan sebagainya). Jika salah memakai tudung pendek,tudung labuhlah yang betulnya. Dan juga dalam pembawakan dakwah,bawakan perkara yang menceriakan dengan perkara-perkara itu.

contohnya jika perlu melabuhkan tudung, kebaikannya ialah akan mendapat redha Allah dan jauh dari kemudharatan(rogol dan sebagainya).

wallahualam


p/s: 'sambungannya akan saya ceritakan pada post yang seterusnya mengenai sedikit balas hujah antara saya dan pelajar tersebut..

Read more

There was an error in this gadget

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting