Tuesday, February 2, 2010

SIAPA YANG CERDIK SEBENARNYA??-edited-

0

Assalamualaikum warahmatullah….

Sedar atau tidak remaja terutamanya mereka yang memegang title ‘pelajar sekolah’ tidak pernah lari dengan 1 lagi fenomena kecil yang sudah lama menerombosi akal dan fikiran kita selama ini. Mungkin agak sukar untuk saya menafsirkan secara tepat apakah dia fenomena yang saya perkatakan tetapi mungkin tajuk di atas sudah cukup untuk menzahirkan persoalan tentang fenomena ini. Seperti biasa, saya akan menggunakan 1 kaedah yang cukup mudah dalam saya memberi first impression kepada anda supaya anda jelas dengan apa yang akan saya sampaikan kali ini iaitu memperlihatkan situasinya dalam bentuk DIALOG.

“hebat r hang skola sbp..bukan mcm aku...skola harian biase je. Xde r PANDAI cam hang. Segan r aku ngan hang”

ATAU

”Pergh! hang top 10, dasyat r. pandai gila hang. xmacam aku, BODO, num last”


Saya sendiri pernah mengalami situasi ini apabila saya bertemu dengan sahabat-sahabat saya ketika musim cuti. Hinggakan saya menjadi serba salah apabila mereka berkata sedemikian. Jelas fenomena ini sering terjadi dalam masyarakat yang beruniformkan baju cotton putih berlencana sekolah pada zaman ini. Jika kita lihat dalam dialog ringkas di atas, jelas wujudnya 1 sistem iaitu SISTEM DARJAT yang membeza-bezakan manusia itu berdasarkan KECEMERLANGAN AKADEMIK ataupun di India sistem yang membezakan taraf manusia ini dipanggil KASTA.

Wujudkah DARJAT Dalam Islam?

Hidup kita tidak akan dapat dijauhkan dari Al-Quran kecuali kita yang menjauhinya. Mari kita lihat adakah wujud sistem darjat manusia dalam Islam dengan merujuk manual hidup kita yakni AL-QURAN. Pertamanya mari kita rujuk surah Al-Baqarah ayat 30

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi

Ayat ini menceritakan tentang saat Allah menjadikan Nabi Adam A.S, seorang MANUSIA dan KITA SEMUA adalah MANUSIA di mana kita juga adalah seorang KHALIFAH. Jika kita lihat pada masa ini, dalam membuat pilihan seorang KHALIFAH atau KETUA dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan, semestinya orang yang paling layak untuk mengetuai kita adalah orang yang TERBAIK dalam kalangan kita dari segi kepimpinannya, kecerdikannya, kewarakannya dan sebagainya yang ada pada dirinya. Di sini jelas bahawa KITA adalah ciptaan Allah yang TERBAIK yang bermaksud tiada perbezaan darjat antara kita sama ada cerdik, bodoh, lawa atau hodoh dan sebagainya.

Tetapi Kenapa Ada Yang Berjaya Mencapai Impian Mereka Dan Ada Yang Tidak??

Sekali lagi kita lihat pada manual kita itu kerana segala persoalan yang merangkai dalam jiwa kita ada di dalamnya iaitu dalam surah HUD ayat 6

Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).

Di sini Allah menyebut bahawa sedangkan binatang yang bukanlah sebaik-baik kejadian itu ada rezeki mereka yang telah ditetapkan, inikan lagi kita, THE PERFECT CREATURE CREATED BY ALLAH. Oleh itu, kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam menjalani kehidupan ini agar dapat kita menzahirkan rezeki yang telah Allah tetapkan itu. Mungkin rakan-rakan kita yang berpeluang ke sekolah berasrama, rezeki mereka ke arah akademik yakni mereka hebat dalam pelajaran dan tidak semestinya akademik penentu segalanya dalam kehidupan. Mungkin mereka yang kurang dari segi akademik ini Allah mengurniakan mereka kepandai lain dari sudut kemahiran-kemahiran sperti seni, pertukangan, kreatif dan sebagainya. Oleh itu yakinlah dengan janji Allah di sperti yang tertulis di dalam ayat di atas.

Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik

Ada 1 lagi persoalan yang ingin saya kupas pada kali ini iaitu jika kita semua adalah yang terbaik, yang manakah yang lebih baik dalam kalangan yang terbaik itu? Dan apakah matlamat hidup kita? Jika dalam kepercayaan Hindu, mereka hidup bertujuan untuk mencapai 1 tahap yang terbaik di sisi tuhan-mereka iaitu tahap Moksya. Tiada tempat terbaik yang boleh saya rujuki melainkan Kalam Allah yang Agung itu. Dalam surah Al-Hujurat ayat 13 memberikan kita gambaran jelas tentang tujuan hidup kita.

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.

Jadi sudah terang lagi tanpa perlu disuluh-suluh lagi di sini iaitu tujuan kita hidup ialah untuk menjadi ORANG YANG BERTAQWA disisi Allah SWT. Wallahualam

0 comments:

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting