Tuesday, May 4, 2010

RAYA~~~~

4

Assalamualaikum warahmatullah….

Lama rasanya jari jemari ni tak menari dengan medleynya atas keyboard puaka ini. Bukan sengaja dibiarkan blog ni bersawang tanpa kepulangan tuannya, tapi disebabkan beberapa enviromental dan inner factors yang membataskan jari ini untuk merungkaikan serta menerombosi minda untuk menghasilkan satu madah bicara perihal manusia dan sekitarnya di samping memenuhi tinta utama blog usang ini iaitu mencari yang HAQ.

Dalam usaha mencari bait-bait zikir fikir untuk dicoretkan di sini, teringat saya pada suatu pengalaman yang saya alami pada raya Aidilfitri tahun 1430H yang lepas. Ia sebenarnya bukanlah satu pengalaman ngeri@creepy tapi suatu pengalaman ukhwah yang cukup menarik bagi saya untuk dikongsikan serta diambil ‘ibrah darinya. (base on true story experienced by writter)


France~~~~


Corong-corong usang Masjid Muhammadi, Kota Bharu menyentap kesibukan persiapan manusia di pagi AidilFitri 2009. Saya dan keluarga yang cacat ahlinya kerana along beraya di Indonesia serba hijau pagi ini. Saya dalam keadaan yang agak rimas kerana kurang gemar bersampin leka membetulkan ikatan sampin sambil diperhatikan kak lang dan angah yang sabar menanti karenah adik bongsu mereka ini.

Kami sama-sama bergerak bersama abah n mak ke Masjid Muhammadi yang hanya 3minit perjalanan dari hotel tempat kami menginap. Pelbagai ragam dan zahir manusia kami perhatikan pagi itu yang mempunyai tujuan dan niat sama dengan kami pagi itu(macam iklan Tea Lipton yang semua pikir nk minum teh je). Kehebatan Islam terpancar disini. India,Cina,Melayu,Asli dan Eropah malah Dato’-dato’dan Tan Sri-Tan Sri berkumpul bersama-sama dalam satu kelompok yang sama dengan tujuan yang sama, menghadapNya.

Usai khutbah raya pada pagi itu, kami keluar lalu terserempak dengan Mak Teh dan Ayah Him. Memang pada rancangan asalnya kami ingin ke rumah mereka selepas solat sunat AidilFitri tetapi kuasa Allah menemukan kami di Masjid bersejarah ini. Satu perkara yang menarik perhatian saya bila bertemu dengan mereka ialah kehadiran seorang yang tidak saya kenal bahkan tidak familiar dikalangan masyarakat Kelantan yang sedang bersembang dengan Mak Teh. Seorang warga asing. Saya dalam usaha untuk membetulkan penguasaan Bahasa Inggeris(masih belum terpikir nak training utk interview…) bertatih-tatih bersembang dengan pasangan warga asing itu.

daripada dia saya dapat tahu yang mereka ini warganegara Perancis berketurunan Algeria. Dan dia juga ada mengatakan yang mereka datang ke Malaysia pada hari kedua terakhir ramadhan dan terus ke Kelantan sesampainya mereka ke KLIA. Saya pelik. Dahi saya berkerut mendengarnya. Kenapa tidak mereka singgah dahulu di KL yang sememangnya penuh warna-warna kehidupan dan kepelbagaian. Bahkan sambutan Aidilfitri di KL lebih meriah dan pelbagai berbanding KB.Dan kepelikan saya itu saya suarakan kepada Ismail,lelaki warga Perancis tersebut.

inilah dia Ismail yang beketurunan Algeria tetapi lahir dan menetap di Perancis

ini pula Rabiah, istri Ismail(berbaju putih...) bergambar dengan kakak saya


“why don’t you visit KL first before came here?? Isnt KL is better than KB??? And celebration of Eid in KL is great isn’t?? ”

“owh, I’ve heard from my Muslim friends in FRANCE that the celebration of Eid and Ramadhan is the best in Malaysia”

Gulp! Agak terkejut saya mendengar bait-bait bicara Ismail. Hingga ke Perancis nama Kelantan disebut-sebut.

Saya puas berfikir.

Apa hebat sangat Kelantan ni??

Sedangkan dalam media sibuk digembar-gemburkan kemunduran Kelantan dsb???

Jawapannya ada di depan mata saya.

Usai kami berkenal-kenalan dan bersalam-salaman di tepi Masjid Muhammadi itu, Mak Teh menjemput Ismail dan isterinya Rabiah ke rumahnya untuk merasai sebenar-benarnya nikmat sambutan AidilFitri di Kelantan. Ya! Memang jelas dan nyata kenikmatannya….

Kerana apa???

Kerana barakahnya sesuatu negeri itu apabila ditadbir dibawah pemerintahan Islam mencetus suatu impak yang luar biasa yang hanya dapat dilihat oleh orang yang berfikir tentangnya. Ini bukan cerita politik. Tetapi inilah hakikat negeri yang menggunakan syariat Allah. Keamanan dan kemakmuran menyerlah hingga ke pelusuk dunia. Sama keadaannya seperti Kerajaan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu yang meletakkan Islam sebagai sebagai cara hidup. Meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.

Memang tidak dinafikan sambutan AidilFitri di Kelantan tidak semeriah di Kl. Di Kelantan juga tidak ada Sunway Piramid atau Times Square atau yang sama erti dengannya. Tetapi di Kelantan ada sesuatu yang tidak boleh didapati KL. Keindahan Islam.

Keindahan yang saya maksudkan ini bukanlah ukiran-ukiran masjid dan sbgnya. Tetapi keindahan pada sudut pelaksanaan amalan yang beteraskan iman yang cukup sempurna. Anda sendiri boleh melihatnya di Kelantan. Itupun jika anda ingin melihatnya.


Kuasa Ukhuwah Mencetus Indah

bergambar bersama Ismail dan sepupu,Adam

Mari kita lihat ayat 13 surah Al-Hujurat

“Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita. Dan kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenal….”

Sudah terang lagi tak payah suluh-suluh lagi yang kita disuruh oleh Allah untuk menyantun ukhwah sesama kita walaupun berbeza kaum, bangsa dan warna kulit hatta saiz badan. Jadi inilah sebenarnya kekuatan Islam. Apabila ukhwah itu terjalin atas keimanan(berukhwah kerana kita beriman kepada Yang Satu dan kepada rukun Iman), kekuatan Islam itu akan muncul mencambah suatu sinergi yang diformulakan dalam satu rangkaian math yang ringkas

1+1=3

‘+’ ini represent keimanan. Inilah sumber kekuatan kita ( sumber: novel SINERGI by Hilal Asyraf). Dan atas sebab ini jugalah Perang Badar kita tawani. Perang Yarmouk kita kuasai walaupun pada masa itu jumlah tentera Islam jauh lebih sedikit berbanding tentera kuffar. Kerana adanya ‘extra power’ dalam diri kita…..

memang pada mata kita gambar ini nampak pelik..tetapi inilah bukti kuatnya ukhwah di bawah Panji yang sama, meyakini perkara yang sama

Wallahualam

Read more

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting