Thursday, November 25, 2010

Seukir Hadis Untuk Dihayati^^

0

suatu hari,dalam Saidina Umar RA berjalan bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba Rasulullah SAW memegang tangan Umar. Lalu Umar berkata,

"sesungguhnya aku amat mencintai mu wahai Kekasih Allah tetapi tidak melebihi cintaku pada diri ku sendiri"

seraya dengan itu,Rasulullah SAW bersabda" tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi diriku,ibu bapanya,anak-anak dan manusia sekalian".(hadis riwayat Bukhari)

lantaran sabda Nabi SAW itu, Umar bingkas bersumpah,
"sesungguhnya Demi Allah, kau(Nabi SAW)lah insan yang paling ku cintai melebihi diriku sendiri"


Read more

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA 1341H

0


saat takbir bergema mengagungkan Allah yang Esa,
haiwan korban berduka dalam gembira,
gembira bukan kerna akan hilangnya nyawa,
gembira menjadi saksi ketaqwaan hamba,

hamba yang zuhud berkorban harta,
kerana diri&hartanya telah dibeli,
dibeli oleh Allah untuk syurga abadi(at-taubah:111),

mengorbankan haiwan sekadar metafora penggambaran,
...kerana berkorban untuk Islam itu yang hakiki,
mengajar manusia erti pengorbanan ukhrawi,
janganlah disia-siakan 'pembelian' Allah ini...

salam AidilAdha 1431H....dari SAHABAT untuk sahabat^^

9:111.Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Read more

Sunday, November 14, 2010

JANGAN BEMAIN DENGAN API

1



mungkin tika ini kami hanya pemerhati,
mungkin tika ini kami hanya pendengar,
mungkin juga tika ini kami hanya mampu memendam rasa,
atau mungkin tika ini wajah kami hanya mampu mengukir pedih

Ya benar
Kalam kalian ‘membawa mesej Islam’
Kalam kalian ‘mengagungkan Islam’
Tapi perilaku kalian menghina Islam
Kami tidak melihat bicara
Tapi kami melihat cara
Kerana your actions speaks louder then your words

Bencana fikir kalian,
Duka sosial yang kalian pamerkan,
Kejahilan ‘muslim’ menfitnah Islam,
Keindahan agama yang kalian jelikkan
serta 1001 kejahilan yang dicantikkan di mata

Ini yang membawa pedih,
Ini yang kami pendam,
Ini yang membina dendam
Dendam kesumat yang tidak akan padam
Dendamkan Muslim yang merosakkan Islam

Kerana kami cemburukan agama kami
Cemburu melihat ia dicemari
Kononnya Islam kau junjung dan kendong
Sedangkan Islam kau hina dan kau maki

Gentarlah wahai perosak Islam!
saat nanti kami akan berdiri,
menzahirkan diri yang lama mendiam diri,
cabarlah kami,
maka kenallah anda wajah seorang da'i
kerana Islam hidup kami
bukan mainan kotor duniawi

* Puisi ini dicoretkan oleh saya sendiri pada petang Jumaat 22 Oktober 2010 selepas melihat satu demonstrasi tehadap IFF secara aman yang dikecohkan oleh sekumpulan polis yang kononnya ingin mengelakkan kekecohan ditimbulkan oleh para mahasiswa. Sebaliknya,polis tersebut yang menimbulkan kekecohan. Lebih teruk lagi,seorang polis(saya masih ingat namanya) menengking seoran ajk surau berstatus orang tua separuh abad yang keluar untuk menghentikan kekecohan yang berlaku.

IFF


Pada asalnya puisi ini hanya merangkumi rangkap pertama dan terakhir. Tapi selepas diolah, inilah hasilnya. Dan puisi ini ditulis rentetan isu ‘so-called’ busana muslimah yang dipamerkan oleh model-model barat di dalam IFF(Islamic Fashion Festival) di Monte Carlo yang jelas,terang,yakin,tepat,clear, visible dan segala macam perkataan yang menggambarkan jelasnya pakaian-pakaian yang diperagakan langsung tidak menzahirkan pakaian seorang muslimah.

Lebih menyedihkan, penaung utama acara ini ialah seorang MUSLIMAH dari MALAYSIA yang sangat dikenali. Suaminya turut sama berada dalam majlis tersebut. Anda pasti kenal dengan insan didalam link video ini(sengaja saya tidak menyebut nama MUSLIMAH TERKENAL tersebut khuatir blog ini dikatakan blog mainan kotor politik).

Wallahualam….

Read more

Monday, June 14, 2010

SANTUNAN CINTA PERINDU SYAHID

2

Salamualaikum warahmatullah….

Lama jari ni kempunan nak mencoret kembali atas keyboard bertinta plastik untuk mengukir secangkir fikir dari zikir hidup. Tapi kesesakan nak memahami subjek2 asasi + tutorial yang jauh complicated dari apa yang diajar mengekang jari untuk mengukir lagi(dah bertimbun idea masuk nk update blog tp xjadi…huhuhu^^). So di kala petang menyimbah kotak-kotak bilik Kolej 12 ni, teringin nak tulis peristiwa 11 Jun yang dah lepas…..

9.00 pagi-11 Jun

Cadang asal waktu ni nak siapkan tutorial(xde klas langsung hari ni^^), tapi oleh sebab catalyst malas lagi banyak dari catalyst rajin, maka dibuka lah laptop ni untuk online. Tengah seronok ushahidu page2 dekat FB, terjumpa satu link yang bebunyi [ROADSHOW LL4G]”. Di pendekkan cerita, salah satu tempat roadshow(which is dalam bentuk ceramah) is di Masjid Jamek Amaniah,Batu Caves yang akan disampaikan oleh saudara Salehuddin Syuib dan Ust Mohd Nizam Bin Mohamad! Ibarat kuih bulan jatuh ke tangan(kalau bulan xday0 den nk tahan^^) sebab rumah saya sekadar 8km dari masjid ni tambah2 cadang memang nak balik petang hari ni.

9.00 malam-11 Jun

Selepas segala plan ditafsirkan dalam bentuk realiti, maka kami(saya, abang saya,tengku hadi &sorang kawan dia yang saya lupa nama) sampai ke Masjid Amaniah yang memang berkali-kali ganda besar dari surau PASUM(harap dibesarkanlah surau ni…always ade byk round time solat). Masa kami sampai, ceramah baru bermula dengan briefing dari Sdr. Salehuddin Shuib yang menerangkan tentang misi Lifeline4Gaza.

RELAWAN2 MALAYSIA KE GAZA(UST NIZAM:4 DARI KIRI)

Sdr Salehuddin Syuib


Dalam intro beliau, beliau mengatakan bahawa misi ini telah dilancarkan rangka pelannya berbulan-bulan lepas(saya xigt secara specific) di mana pihak Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki, telah melantik Haluan Palestin untuk menjadi wakil dari Malaysia dalam program ini. Maka setelah lantikan dibuat, Haluan Palestin menghantar surat2 kepada NGO2 di Malaysia untuk mengumpul dana RM10 Juta untuk program ini.


Memang perit nak kumpul sebanyak itu dalam masa yang singkat, namun HP(Haluan Palestin) gigih melaksanakan usaha tersebut yang mana segala macam method digunakan(jualan,kutipan derma,ceramah etc) +turut dibantu NGO2 lain yang prihatin soal ini(mereka tidak berjuang sendirian).


HP sebenarnya ditugaskan untuk menguruskan soal bantuan perkhidmatan(kalau xslp saya) which is termasuk menyediakan prkhidmatan pendidikan,bantuan pendidikan etc. jadi,seminggu sebelum Freedom Tortilia mengukir sejarah, mereka tiba di Istanbul untuk membeli segala macam keperluan yang akan dihantar ke Gaza hasil sumbangan Mukmin dan non-Muslim(barakallahu ‘alaikum!).


Ust Mohd Nizam Bin Mohamad


Kemudian mic di’pass’ kepada ust Nizam untuk mencanting semangat kepada para jemaah yang hadir tentang pengalaman beliau di atas kapal Mavi Marmara ketika sebelum,semasa dan selepas serangan komando pihak Yahudi laknatullah. Ust Nizam ditugaskan sebagai wakil media bagi pihak Malaysia di atas kapal tersebut termasuk Sdr Aswad dari Astro Awani.

Di akhir majlis barakah tersebut,saya sempat bertemu dengan Ust Nizam dan bersalaman dengan beliau serta memeluk insan mulia ini(+bergambar dengannya^^) dan beliau memberi saya satu amanat ringkas yang besar maknanya

BERSAMA UST NIZAM(TERASA SUATU KEKUATAN BILA BERPELUKAN DENGAN BELIAU)


TENGKU HADI BERSAMA UST NIZAM

“CERITAKAN pada kawan2 pasal GAZA. BANYAK lagi KITA KENA BUAT”


Jadi, sebenarnya entri kali ini sekadar mukaddimah kepada 3 rangkaian entri(yang akan saya nukilkan..insyaAllah) untuk saya memenuhi amanat Ust Nizam dalam bentuk coretan maya.

InsyaAllah pada entri yang terdekat ini akan saya cerekakan tentang pengalaman Ust Nizam yang telah beliau khabarkan pada malam tersebut dan segala info yang mampu saya isi berkenaan Gaza dan misi tersebut. Seterusnya, pada entri berikut akan saya simpulkan apa yang dimaksudkan dengan


“BANYAK lagi KITA KENA BUAT”


Yang menyentuh soal masalah dalaman kita sebagai manusia yang mengaku beragama Islam dan duduk di dalam Negara Islam(dari aspek pentadbiran).

insyaAllah….

Wallahualam

Read more

Tuesday, May 4, 2010

RAYA~~~~

4

Assalamualaikum warahmatullah….

Lama rasanya jari jemari ni tak menari dengan medleynya atas keyboard puaka ini. Bukan sengaja dibiarkan blog ni bersawang tanpa kepulangan tuannya, tapi disebabkan beberapa enviromental dan inner factors yang membataskan jari ini untuk merungkaikan serta menerombosi minda untuk menghasilkan satu madah bicara perihal manusia dan sekitarnya di samping memenuhi tinta utama blog usang ini iaitu mencari yang HAQ.

Dalam usaha mencari bait-bait zikir fikir untuk dicoretkan di sini, teringat saya pada suatu pengalaman yang saya alami pada raya Aidilfitri tahun 1430H yang lepas. Ia sebenarnya bukanlah satu pengalaman ngeri@creepy tapi suatu pengalaman ukhwah yang cukup menarik bagi saya untuk dikongsikan serta diambil ‘ibrah darinya. (base on true story experienced by writter)


France~~~~


Corong-corong usang Masjid Muhammadi, Kota Bharu menyentap kesibukan persiapan manusia di pagi AidilFitri 2009. Saya dan keluarga yang cacat ahlinya kerana along beraya di Indonesia serba hijau pagi ini. Saya dalam keadaan yang agak rimas kerana kurang gemar bersampin leka membetulkan ikatan sampin sambil diperhatikan kak lang dan angah yang sabar menanti karenah adik bongsu mereka ini.

Kami sama-sama bergerak bersama abah n mak ke Masjid Muhammadi yang hanya 3minit perjalanan dari hotel tempat kami menginap. Pelbagai ragam dan zahir manusia kami perhatikan pagi itu yang mempunyai tujuan dan niat sama dengan kami pagi itu(macam iklan Tea Lipton yang semua pikir nk minum teh je). Kehebatan Islam terpancar disini. India,Cina,Melayu,Asli dan Eropah malah Dato’-dato’dan Tan Sri-Tan Sri berkumpul bersama-sama dalam satu kelompok yang sama dengan tujuan yang sama, menghadapNya.

Usai khutbah raya pada pagi itu, kami keluar lalu terserempak dengan Mak Teh dan Ayah Him. Memang pada rancangan asalnya kami ingin ke rumah mereka selepas solat sunat AidilFitri tetapi kuasa Allah menemukan kami di Masjid bersejarah ini. Satu perkara yang menarik perhatian saya bila bertemu dengan mereka ialah kehadiran seorang yang tidak saya kenal bahkan tidak familiar dikalangan masyarakat Kelantan yang sedang bersembang dengan Mak Teh. Seorang warga asing. Saya dalam usaha untuk membetulkan penguasaan Bahasa Inggeris(masih belum terpikir nak training utk interview…) bertatih-tatih bersembang dengan pasangan warga asing itu.

daripada dia saya dapat tahu yang mereka ini warganegara Perancis berketurunan Algeria. Dan dia juga ada mengatakan yang mereka datang ke Malaysia pada hari kedua terakhir ramadhan dan terus ke Kelantan sesampainya mereka ke KLIA. Saya pelik. Dahi saya berkerut mendengarnya. Kenapa tidak mereka singgah dahulu di KL yang sememangnya penuh warna-warna kehidupan dan kepelbagaian. Bahkan sambutan Aidilfitri di KL lebih meriah dan pelbagai berbanding KB.Dan kepelikan saya itu saya suarakan kepada Ismail,lelaki warga Perancis tersebut.

inilah dia Ismail yang beketurunan Algeria tetapi lahir dan menetap di Perancis

ini pula Rabiah, istri Ismail(berbaju putih...) bergambar dengan kakak saya


“why don’t you visit KL first before came here?? Isnt KL is better than KB??? And celebration of Eid in KL is great isn’t?? ”

“owh, I’ve heard from my Muslim friends in FRANCE that the celebration of Eid and Ramadhan is the best in Malaysia”

Gulp! Agak terkejut saya mendengar bait-bait bicara Ismail. Hingga ke Perancis nama Kelantan disebut-sebut.

Saya puas berfikir.

Apa hebat sangat Kelantan ni??

Sedangkan dalam media sibuk digembar-gemburkan kemunduran Kelantan dsb???

Jawapannya ada di depan mata saya.

Usai kami berkenal-kenalan dan bersalam-salaman di tepi Masjid Muhammadi itu, Mak Teh menjemput Ismail dan isterinya Rabiah ke rumahnya untuk merasai sebenar-benarnya nikmat sambutan AidilFitri di Kelantan. Ya! Memang jelas dan nyata kenikmatannya….

Kerana apa???

Kerana barakahnya sesuatu negeri itu apabila ditadbir dibawah pemerintahan Islam mencetus suatu impak yang luar biasa yang hanya dapat dilihat oleh orang yang berfikir tentangnya. Ini bukan cerita politik. Tetapi inilah hakikat negeri yang menggunakan syariat Allah. Keamanan dan kemakmuran menyerlah hingga ke pelusuk dunia. Sama keadaannya seperti Kerajaan Melayu Melaka pada suatu masa dahulu yang meletakkan Islam sebagai sebagai cara hidup. Meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.

Memang tidak dinafikan sambutan AidilFitri di Kelantan tidak semeriah di Kl. Di Kelantan juga tidak ada Sunway Piramid atau Times Square atau yang sama erti dengannya. Tetapi di Kelantan ada sesuatu yang tidak boleh didapati KL. Keindahan Islam.

Keindahan yang saya maksudkan ini bukanlah ukiran-ukiran masjid dan sbgnya. Tetapi keindahan pada sudut pelaksanaan amalan yang beteraskan iman yang cukup sempurna. Anda sendiri boleh melihatnya di Kelantan. Itupun jika anda ingin melihatnya.


Kuasa Ukhuwah Mencetus Indah

bergambar bersama Ismail dan sepupu,Adam

Mari kita lihat ayat 13 surah Al-Hujurat

“Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita. Dan kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenal….”

Sudah terang lagi tak payah suluh-suluh lagi yang kita disuruh oleh Allah untuk menyantun ukhwah sesama kita walaupun berbeza kaum, bangsa dan warna kulit hatta saiz badan. Jadi inilah sebenarnya kekuatan Islam. Apabila ukhwah itu terjalin atas keimanan(berukhwah kerana kita beriman kepada Yang Satu dan kepada rukun Iman), kekuatan Islam itu akan muncul mencambah suatu sinergi yang diformulakan dalam satu rangkaian math yang ringkas

1+1=3

‘+’ ini represent keimanan. Inilah sumber kekuatan kita ( sumber: novel SINERGI by Hilal Asyraf). Dan atas sebab ini jugalah Perang Badar kita tawani. Perang Yarmouk kita kuasai walaupun pada masa itu jumlah tentera Islam jauh lebih sedikit berbanding tentera kuffar. Kerana adanya ‘extra power’ dalam diri kita…..

memang pada mata kita gambar ini nampak pelik..tetapi inilah bukti kuatnya ukhwah di bawah Panji yang sama, meyakini perkara yang sama

Wallahualam

Read more

Thursday, March 4, 2010

~~~JALAN-JALAN RAYA KOTAKU~~~

6


Salamualaikum warahmatullah…

Dalam mencari apa-apa isu atau perkara untuk jadi sumber coretan di teratak buruk saya ini, saya terpanggil nak cerita 1 simple story @ view saya masa on the way nak balik ke Gombak dari Bandar Tasik Selatan. Kalau duduk kat KL n Selangor ni, kaedah paling senang sekali nak g mane2 is guna LRT. So kisah ni pasal apa yang saya nampak sepanjang dalam LRT STAR dari Bandar Tasik Selatan ke Masjid Jamek n dalam PUTRA LRT ke Gombak.

1st View

Alkisah.. sampai je kat Stesen Bandar Tasik Selatan, saya pon cepat2 la g naik LRT 2. dipendekkan cerita(xkn nk cite tunggu tren 2 n buat ape sambil 2..hehe) saya masuk je dalam tren 2, ade 1 group manusia(laki n perempuan..3 laki n 6 pompuan) tengah berdiri dekat depan saya. Dari segi cara group ni, nampak macam baru balik dari hangout reramai kt shopping complex (maybe) n manusia2 ni rasenye dok tunggu tren sampai destinasi mereka. Tapi kumpulan manusia ni memang menarik minat saya sampai saya dengan penuh peng’cover’an snap 1 gamba mereka. As shown below…


Kalau ditengok dari sudut ketinggian manusia 2 orang ni, agak2nya brapa umur hamba Allah berdua ni??(kalo nk tau tinggi mereka brape..amek pembaris try ukur kt screen komputer anda…skala die 1cm=3inci ek..pas2 convert la dalam meter brape..hehehe). Ni gamba yang lelaki je, yang pompuan xleh nk snap. So biarlah saya describe sikit pasal perempuan2 tersebut. Dari atas, tudung lesap, baju ketat n jenis ranggi yang saya sendiri xtau pe name jenis baju 2(yg sure bukan baju kurung @ jubah la..hehehe) n most of them berseluar ketat n singkat sampai betis. Boleh bygkan x?

2nd View

Next, masa naik PUTRA LRT untuk ke Gombak. Kalau di tengok dari 2 gamba ni, memang xde kepelikkan langsung pada insan2 dalam gamba ni. So, xboleh la nk biarkan gamba2 ni berbicara merungkai madah persoalan. Sebenarnya, gadis berbaju putih yang tengah khusyuk tengok fon dia ni naik tren ngan laki baju hitam(next pic dalam bulat merah) n dari sudut yang saya faham dan yakin, dua orang pelapis bangsa(hopefully brubah la ye) ni bukanlah adik-beradik apetah lagi anak beranak which means mereka berdua adalah pasangan kekasih@teman tapi mesra@kawan rapat@apa2 sahaja istilah yang digunakan untuk menutup istilah bercinta sebelum kawin atau dalam bahasa urdunye(terikut hindustan la ni) COUPLE.

merpati....
gagak,,,,,

Walaupun nampak je diorang dok jauh2 n tak dok rapat2 @ peluk2 spt kapel yang lain, tp hakikatnya, Masa mula2 diorang masuk, diorang dok rapat2 dekat tiang sebelah lelaki 2. Tapi lama2 diorang perasan saya dok perati lama2(sambil lensa kamera(kamera hanset je) menghala kat diorang…hahaha) merpati ngan gagak ni dok meguntai kasih disertai gelak tawa yang menghairahkan (muahhahaha..lebih kurang macam ni la..hehehe). so untuk mengelakkan fitnah(kononnye..hehehe)Then, lama sikit diorang pon dapat seat depan-mendepan(btol ke kate ganda ni…lantak la..hehehe). Kalau duduk dalam tren PUTRA ni, jujur cakap memang boring tahan cipan generasi ke 12 la sebab kita mesti akan dihiburkan dengan bunyi seretan rel yang disebabkan oleh resistance dari frictional force(mcm igt lagi je fizik..hahaha) yang memang merdu dan sayu bunyinya (tp saya xdenga bunyi 2..sebab Maher Zain dok nyanyi dlm telinga ni..hehehe..MP3 le..). So dalam usaha untuk menghilangkan boring n dalam usaha jugak untuk saya mengelakkan diorang jadi mangsa lens hanset saya, merpati n gagak ni main mesej antara mereka. Maka sebab tu la gamba2 seperti diatas ni dihasilkan.

Huraian Sang Pemerhati

1st View = Kumpulan Manusia

Sebelum jauh coretan ini menari di kekunci laptop ini, ingin saya menspecifikkan sedikit perihal kumpulan ini. Sebenarnya pada sudut zahirnya, mereka adalah kumpulan yang paling layak di’title’kan kanak2 kerana semuanya berumur di antara 10-13 tahun! Dan tidak mungkin untuk mengatakan mereka ini sebaya dengan saya atau jauh lebih tua dari saya. Namun, agak terkilan saya melihat attire mereka sebab melebihi pakaian seorang remaja yang berjenis sukakan hangout etc. bahkan rakan-rakan saya (terutama wanita) tidak pernah berpakaian sedemikian. Bahasa2 yang mereka tuturkan juga kurang enak melalui cuping telinga ini

Sebagai salah seorang daripada manusia2 yang dilabelkan sebagai pewaris bangsa dan benteng terakhir ummah, saya cukup sedih melihat mereka. Apakah yang akan terjadi kepada kanak-kanak ini kelak jika mereka tidak dibetulkan dan diterapkan dengan norma Islam yang sebenar?? Anda sendiri tahu akibatnya. Untuk mendapatkan buluh yang cantik, diusia rebung lagi ia perlu dilentur. Tetapi hakikatnya pada kanak-kanak ini,mereka memang dilenturkan dari rebung, tapi lenturan itu menjadikan ia bertambah buruk. Anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan corak yang cantik yang disertakan dengan corak-corak Islam, teladan yang baik serta pengenalan wajah2 para pejuang dan tokoh2 Islam dalam jiwa mereka. Semestinya ibu bapa yang menentukannya hala tuju hidup kanak2 ini pada usia sebegini. Ibu bapa jugalah yang menentukan sama ada Nasrani@Majusi@Yahudi seorang anak itu seperti yang tercoret di dalam Al-Quran.


Tidak perlu jauh melihat di dalam coretan sejarah perihal pemuda-pemuda dan remaja-remaja Islam yang boleh dijadikan qudwah bagi anak-anak ini. Lihat sahaja kepada kanak-kanak pertama yang juga Ahli Keluarga Rasulullah SAW, Ali Bin Abi Talib R.a. Ali R.a memeluk Islam pada usia seawal 10tahun(kalau x silap saya) dan beliau merupakan seorang pemuda yang cukup cemerlang dalam segala aspek terutama dalam ilmu hinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda perihal Ali R.a, ” jika aku adalah gudang ilmu, maka Ali adalah pintunya”. Begitu cemerlangnya seorang remaja sperti Ali R.a. Bahkan jika dilihat dari coretan sejarah tokoh-tokoh Islam lain yang hebat seperti Imam Syafie, Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Bukhari, Ibnu Sina dan ramai lagi tokoh yang pada usia sebaya kanak-kanak di atas sudah menghafaz Al-Quran dan mempelajari ilmu2 yang sangat dituntut dalam kehidupan kita. Contohilah mereka. Jika sukar untuk mencontohi dari cerita tokoh2 ini dari lisan manusia, contohilah remaja2 zaman sekarang seperti adik Muhammad Ahmad Zahid yang menhafal Al-Quran pada usia seawal 12 tahun dan juga rajin menelaah kitab2 arab! Subhanallah! Pada usia yang sama dengan kanak2 di dalam gambar tersebut, beliau sudah mampu menhafal 30 juzuk Al-Quran!


2nd View = Merpati dan Gagak

Saya tidak ingin menghuraikan dengan panjang soal ini kerana sudah terang xperlu disuluh-suluh lagi apa yang menjadi masalah dan persoalan disini. Tahniah juga diucapkan kepada mereka kerana telah memenuhi impian sang Yahudi laknatullah dalam impian merosakkan Muslim dengan serangan pemikiran mereka. Inilah hakikat yang sebenarnya terjadi dalam masyarakat sekarang. Pendedahan kearah ini sudah jauh diterapkan dalam sanubari kita hingga merasakan COUPLE ini dibolehkan Golongan2 yang terjebak dengan jerat cinta inilah jugalah yang menjadi dalang kepada pembuangan zuriat yang tidak berdosa ke longkang2, tong2 sampah malahan lebih teruk lagi dibakar janin tersebut seperti yang berlaku di Kelantan baru2 ini.

Bila berbicara soal buang bayi ini, saya teringat satu peristiwa yang saya lihat dengan mata kasar saya sendiri di Surau As-Syakirin, SBPI Gopeng pada waktu malam(secara ringkas). Ada seekor ibu kucing yang kematian 3 ekor anaknya di surau tersebut. Apa yang saya lihat, kasihnya kucing tersebut pada anak2nya. Kami mengekorinya ke tempat dia meletakkan bangkai anak2nya. Sebelum dibawanya ke sana, si ibu ini menjilat2 tubuh anaknya dan mengharungi 1 perjalanan yang panjang untuk meletakkan anaknya ke tempat yang selamat. Ada 1 ketika, di saat dia terjatuh anaknya dari gonggongan giginya, dia mengusap-usap anaknya. Dan pada raut wajah kucing tersebut jelas terpancar kesedihan dalam dirinya. Fikir-fikirkan…


Apa Nak Jadi??

Pada realitinya dalam kedua-dua view saya pada hari Ahad tersebut, jelas dilihat sang Yahudi dan konco2nya telah memenangi peperangan halus ini. Peperangan tanpa dibalas serangannya. Tapi serangan ini sebenarnya sudah pun dikenal pasti dan tentera Islam yang mengenal pastinya sedang cuba untuk merawat tentera2 yang ‘cedera’ dalam serangan halus ini melalui banyak kaedah seperti berusrah,menulis artikel dan semestinya blogging. Mereka yang ‘cedera’ ini sebenarnya tidak ‘cedera’ fizikal, tetapi ‘Cedera’ iman dan minda mereka. Cara paling mudah untuk memecahkan sebiji tembikai ialah dengan membuang isinya tanpa dibuang kulitnya. Memang sukar untuk melakukannya dan mengambil masa yang lama tapi ia tidak mustahil. Samalah juga dengan keadaan kita sekarang. Tentera2 Iblis ini merosakkan bahagian dalam benteng ummah kita dengan perlahan-lahan iaitu dengan menyebarkan propaganda Al-Wahn(cintakan dunia&takutkan mati) kedalam masyarakat dan kelak dengan mudah kita dikalahkan. Sedarlah wahai golongan Syabab! Kita adalah harapan Umat Islam!



Wallahualam…

Read more

Sunday, February 28, 2010

SUKAR UNTUK DIUNGKAP

1

assalamualaikum warahmatullah...

MAAF

Inilah ungkapan yang paling sukar dan benci untuk ku luahkan kali ini.
namun apakan daya ku untuk melawan kehendakNya....
Oleh kerana terlalu banyak masalah dan kekhilafan,

keputusan diambil....

berat untuk diungkap....

ku TIDAK dapat menulis entry tentang MAULIDUR RASUL kali ini.

Maaf yang tidak terhingga ku rungkaikan kepada ARE-J terutamanya kerana tidak dapat memmenuhi permintaan anda.
hikmah tersirat di balik segalanya
akhir kalam

Salam Maulidur Rasul 1431H.

Jadikan Tarikh ini sebagai DAKWAH....bukan FITNAH...

wallahualam

Read more

Wednesday, February 17, 2010

OH KEKASIHKU!

0

Salamualaikum warahmatullah…

Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.

Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.

Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.

Pada pengertian cinta ku,
untuk dirimu, yang dicintai itu.
Saling memberilah antara mu dan ku.
Adakan perkara baik, mu dan aku.

Sumber: http://www.tentangcinta.com/

Puisi di atas ini cukup puitis dan cantik susunan ayatnya(tp bkn saya tlis ye...hehehe) bagi mengambarkan indahya hidup dalam budaya cinta-mencintai dan sayang-menyayangi. Mungkin bila anda membaca apa yang ada di atas ini, anda dapat mengagak apa yang cuba saya sampaikan dalam coretan saya kali ini.

14 Februari



siapa yang tidak kenal dengan tarikh keramat ini. Tarikh yang dijadikan sebagai satu hari yang cukup bermakna bagi pasangan-pasangan kekasih(kononnya) iaitu Valentine’s Day @ dalam lahjah Melayunya, HARI KEKASIH . Mungkin sebahagian daripada kita sudah lali dengan soal Valentine’s Day ini di samping pembongkaran kenapa ia dipanggil sedemikian kerana sering ia dibicarakan di mana-mana sahaja. Jadi kali ini saya tidak ingin menyentuh mengenai hukum menyambutnya atau sejarahnya(jika ingin info tentang hukum sambutan serta sejarahnya, boleh ke blog BADAR KISAS di link ini). Mari kita kosongkan minda kita dari segala macam perspektif seterusnya timbulkan 1 persoalan dalam minda kita., kenapa 14 Februari ini digelar HARI KEKASIH?@ lbih tepat lagi mengapa perlu ada HARI KEKASIH?

Mengapa Adanya HARI KEKASIH?

Sebelum langkahan diperluaskan, lebih baik kita atur langkahan coretan ini dengan lebih kemas terlebih dahulu. Oleh itu, cuba kita buka minda kita dan fikirkan, mengapa Hari Ibu dan Hari Bapa itu disambut? Sebab yang jelas yang boleh kita fikirkan dengan logik akal kita ialah kerana dua insan ini merupakan insan yang paling mulia yang pernah kita temui dalam hidup kita. Insan yang telah berpenat lelah menjadi medium utama yang menyebabkan kita dilahirkan, menggunakan nikmat Allah yang mereka perolehi sepenuhnya untuk membesarkan kita serta mencorakkan kita yang digambarkan sebagai kain putih di kala kita lahir ini dengan corak yang gemerlapan dan suci dengan sinaran akhlak dan peribadi mantap. Bahkan, tiada sesiapa pun dikalangan kita yang tidak mempunyai ibu dan ayah ,melaikan moyang kita, Adam A.S dan isterinya, Hawa serta Nabi Isa A.S yang tidak berbapa. Oleh hal yang demikian, hari yang khusus diwujudkan sebagai 1 pelantar yang menunjukkan bahawa masyarakat di setiap ceruk dunia menghargai dan menyayangi Ibu dan Bapa.

Samalah hakikatnya dengan Hari Kekasih yang sibuk digembar-gemburkan kini. Mana mungkin Hari Kekasih ini diraikan dan menjadi satu keutamaan pada hari ini jika rata-rata penduduk dunia ini tidak mempunyai satu lagi insan yang penting di dalam hidup mereka selepas ibu bapa yakni seorang KEKASIH atau apa-apa sahaja nama yang sengaja diistilahkan untuk menutup istilah kekasih ini seperti teman tapi mesra, adik angkat, teman belajar dan apa saja nama asalkan masyarakat nampak nama itu berbeza dengan perkataan KEKASIH ini. Tahniah kepada Barat yang berPresidenkan Iblis Laknatullah kerana telah berjaya mencapai matlamat mereka.



Sahabatku sekalian,
Kita sering terlepas pandang soal ini. Hal ini kerana pada realitinya, hidup berkasih-kasih dan bercintan-cintun antara bukan mahram ini adalah rancangan mereka semata-mata atau iaitu rancangan yang berpaksikan mejauhkan kita daripada gaya hidup Islam yang sebenarnya seterusnya mencapai objektif utama iaitu menjauhkan kita daripada Dia. Sememangnya sejak dari Adam A.S diciptakan lagi modus operandi ini telah diwujudkan dan kini bala tentera musuh utama kita ini sedang giat melaksanakannya. Nah! Realitinya telah diketahui dan 1 lagi hakikat yang perlu kita terima ialah kita telah TEWAS kepada mereka.

Kekasih

Mengapa saya berkata sedemikian ialah kerana amalan ber’kekasih’ ini sudah bercanggah dengan ayat Al-Quran yang rata-rata semua daripada kita mengaetahui ayat ini iaitu “la TAQRABU zina”. Pada sudut lughahnya(bahasa), TAQRABU berasal daripada perkataan QARABA yakni DEKAT@HAMPIRI. Ini bermakna apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada zina seperti bercinta(zina hati), melihat aksi lucah(zina mata) dan sebagainya adalah HARAM berdasarkan kaedah istinbat hukum lafaz LA yang merupakan laam al-amar(lam suruhan) yang berbentuk nahi(jangan) yang membawa maksud LARANGAN MENDEKATI ZINA. Bercinta ialah salah satu daripada zina hati kerana apabila kita teringat @ terbayang kepada seseorang yang berlainan jantina daripada kita yang boleh dikahwini, ia sudah jatuh hukum zina hati. Zina hati ini memang satu fenomena yang sukar untuk ditepis. Jujur saya katakan, saya sendiri pernah mengalami masalah zina hati ini dan dalam sesi rawatan untuk meencegahnya.



Sahabatku sekalian,
Jika kita lihat pada sirah Rasulullah SAW, Nabi sendiri tidak pernah bercinta sebelum Baginda mengahwini seseorang wanita. Contohnya, sebelum Nabi SAW mengahwini Siti Khadijah, pasangan syurga ini tidak pernah menguntumkan bait-bait cinta sesama mereka dan mereka tidak pernah bercinta selain selepas pasangan syurga ini dinikahkan. Inilah hakikat cinta antara lelaki dan wanita yang hakiki menurut norma kehidupan seorang Muslim iaitu SELEPAS PERKAHWINAN.



Tuntasnya, bercinta dan berkasih sesama lelaki dan perempuan sebelum diijab kabulkan tidak akan membawa apa-apa faedah kepada kita sebenarnya. Sebaliknya, ia menambah helaian dalam catitan ‘teman’ yang sering duduk di bahu kiri kita. Walaupun ada sebahagian daripada kita yang mengatakan bercinta ini dapat membantu dalam pelajaran atau yang sama waktu dengannya, tetapi sebenarnya sahabat sejantina lebih cekap dalam mebantu kita. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada insan-insan yang sudah terjebak atau yang sudah berniat untuk merasai nikmat dicintai dan mencintai dalam fenomena ciptaan manusia ini supaya cuba untuk tidak meneruskannya. Bagi yang rasa agak sukar, saya sarankan berkahwin atau menghentikannya dengan berhikmah dengan step yang paling awal iaitu mengikat diri kita kepada Allah dan Al-Quran. Wallahualam…

Read more

Tuesday, February 9, 2010

WANITA DAN PERHIASANNYA

0

Assalamualaikum warahmatullah….



Pada awal tahun 2009, dikala saya menghadiri 1 majlis halaqah mingguan di surau As-Syakirin, SBPI Gopeng, muncul 1 perkataan yang jarang sekali saya dengar diperkatakan selama ini tetapi ia merupakan masalah tersirat yang kebanyakan dari kita tidak mengetahui hakikatnya. Perkataan tersebut ialah TABARRUJ. Dan oleh kerana itu, saya mencari apa yang diertikan dengan TABARRUJ ini dan Alhamdulillah, saya temui jawapannya pada pertengahan tahun 2009. Oleh itu, saya terpanggil untuk menghidangkan serba ringkas ‘hidangan minda’ ini kepada masayarat umumnya.

Menurut seorang Ulama’ Mesir tahun 1930M, Ustazah Ni’mat Sidqi, tabarruj ialah “mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Manakala menurut Imam Al-Bukhari pula, Tabarruj bermaksudseseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Definisi Imam Al-bukhari ini jelas dalam membicarakan soal tabarruj ini. Jadi di sini jelas tabarruj merupakan suatu perbuatan oleh kaum wanita dalam menghiaskan diri dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh menyebabkan perubahan secara zahir pada dir mereka. Di sini ingin saya menimbulkan satu persoalan, adakah berdosa jika seseorang wanita itu bertabarruj?

HAKIKAT TABARRUJ

Pada hakikatnya, tidak salah seseorang wanita itu untuk berhias diri tetapi berdasarkan apa yang ditetapkan iaitu mereka boleh berhias diri dengan bermekap, memakai pakaian yang cantik, seksi dan sebagainya hanya DI HADAPAN SUAMI. Bahkan diharuskan oleh Islam. Sebaliknya, tidak diharuskan kepada wanita untuk berhias diri di hadapan khalayak ramai. Di sini saya bawakan 1 contoh bagi perilaku tabarruj yang tidak diharuskan. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan lengkap. Namun dia juga memakai wangi-wangian yang kuat, memerahkan pipinya(bermekap) serta mengenakan kebaya yang mengikut bentuk tubuhnya di samping berjalan dalam keadaan yang sengaja dilenggokkan. Ini yang dikatakan sebagai TABARRUJ dan ini yang menjadi permasalahan kita pada hari ini sebenarnya khususnya bagi kaum wanita. Ini akan menimbulkan perasaan minat kepada mereka yang melihat wanita itu yang menjurus ke arah ‘minat’ yang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.

Allah juga berfirman dalam surah AN-NUR ayat 31,

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung



Mengapa Islam begitu melarang kaum wanita daripada menghiaskan diri mereka? Hal ini kerana kasihnya Allah kepada kaum wanita. Islam sangat menjaga kehormatan wanita. Itulah sebabnya Islam melarang kaum wanita ini daripada berhias diri kecuali di hadapan suami kerana perhiasan diri itu tidak harus ditunjuk kepada org ramai di mana ia akan menimbulkan keinginan syahwat mereka. Buktinya boleh kita dapati dalam surah AL-AHZAB ayat 59

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengenakan JILBABnya[baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka TIDAK DIGANGGU. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Anda(kaum wanita) boleh memakai wangi-wangian sekiranya untuk mengelakkan bau busuk dari badan yang menjaga kehormatan anda. Tetapi bau-bauan itu janganlah smpai boleh di hidu oleh org lain. Cukup sekadar menutup bau yang kurang menyenangkan dari badan dan orang lain tidak merasakan wangian tersebut seperti menggunakan deodorant yang mengekalkan kesegaran badan, bukan mewangikan badan.

‘HIASAN’ BAGI WANITA

Sebenarnya ada 1 lagi hiasan yang dibenarkan kepada wanita untuk digayakan kepada khalayak, yakni hiasan AKHLAK. Yang saya maksudkan disini ialah dengan memperlihatkan kesopanan anda, keteguhan anda dalam memperjuangkan yang hak bagi syariat Allah serta kepandaian anda dalam berbicara mengikut keadaan dan orang yang anda temui. Bahkan melunakkan suara ini ditegah oleh Allah di dalam surah AL-AHZAB ayat 32

“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu LUNAK DALAM BERBICARA sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.”

Percaya atau tidak, wanita ini adalah 1 sumber dakwah pada masa kini. Mengapa saya mengatakan demikian? Contohnya, seorang wanita mengambil jurusan kejuruteraan tetapi jika dilihat dari zahirnya beliau berpewatakan seperti seorang mahasiswi jurusan syariah. Nah!ini memperlihatkan bahawa sinar Islam telah meresap ke dalam jiwa masyarakat kerana kebiasaannya, mahasiswi yang mengambil jurusan selain jurusan agama tidak mengenakan pakaian yang sepatutnya sperti tudung labuh, handsock, stoking baju yang longgar dan semestinya menutup aurat. Bahkan mereka juga sering mengikuti halaqah dan majlis-majlis ilmu. Subahanallah! Ini akan menimbulkan keinginan juga kepada orang yang melihatnya tetapi keinginan dari sudut yang baik yakni keinginan untuk mengikut gaya hidup sebegitu. Inilah dia sebenarnya kecantikan sejati bagi anda wahai kaum HAWA!.



Akhirul kalam, saya ingin meminta maaf kepada kaum Hawa terutamanya jika persoalan di dalam artikel ini menyinggung hati anda tetapi ingatlah, kembalikan diri anda ke dalam cara hidup Islam yang sebenarnya. Mungkin sesetengah dari pada anda merasakan kurang senang akan artikel ini namun kita harus sedar seperti firman Allah dalam surah AL-BAQARAH ayat 216

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Seringkas yang boleh daripada saya. Teguran dipinta jika terdapat kekhilafan dalam coretan ini. Wallahualam…

Read more

Tuesday, February 2, 2010

SIAPA YANG CERDIK SEBENARNYA??-edited-

0

Assalamualaikum warahmatullah….

Sedar atau tidak remaja terutamanya mereka yang memegang title ‘pelajar sekolah’ tidak pernah lari dengan 1 lagi fenomena kecil yang sudah lama menerombosi akal dan fikiran kita selama ini. Mungkin agak sukar untuk saya menafsirkan secara tepat apakah dia fenomena yang saya perkatakan tetapi mungkin tajuk di atas sudah cukup untuk menzahirkan persoalan tentang fenomena ini. Seperti biasa, saya akan menggunakan 1 kaedah yang cukup mudah dalam saya memberi first impression kepada anda supaya anda jelas dengan apa yang akan saya sampaikan kali ini iaitu memperlihatkan situasinya dalam bentuk DIALOG.

“hebat r hang skola sbp..bukan mcm aku...skola harian biase je. Xde r PANDAI cam hang. Segan r aku ngan hang”

ATAU

”Pergh! hang top 10, dasyat r. pandai gila hang. xmacam aku, BODO, num last”


Saya sendiri pernah mengalami situasi ini apabila saya bertemu dengan sahabat-sahabat saya ketika musim cuti. Hinggakan saya menjadi serba salah apabila mereka berkata sedemikian. Jelas fenomena ini sering terjadi dalam masyarakat yang beruniformkan baju cotton putih berlencana sekolah pada zaman ini. Jika kita lihat dalam dialog ringkas di atas, jelas wujudnya 1 sistem iaitu SISTEM DARJAT yang membeza-bezakan manusia itu berdasarkan KECEMERLANGAN AKADEMIK ataupun di India sistem yang membezakan taraf manusia ini dipanggil KASTA.

Wujudkah DARJAT Dalam Islam?

Hidup kita tidak akan dapat dijauhkan dari Al-Quran kecuali kita yang menjauhinya. Mari kita lihat adakah wujud sistem darjat manusia dalam Islam dengan merujuk manual hidup kita yakni AL-QURAN. Pertamanya mari kita rujuk surah Al-Baqarah ayat 30

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi

Ayat ini menceritakan tentang saat Allah menjadikan Nabi Adam A.S, seorang MANUSIA dan KITA SEMUA adalah MANUSIA di mana kita juga adalah seorang KHALIFAH. Jika kita lihat pada masa ini, dalam membuat pilihan seorang KHALIFAH atau KETUA dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan, semestinya orang yang paling layak untuk mengetuai kita adalah orang yang TERBAIK dalam kalangan kita dari segi kepimpinannya, kecerdikannya, kewarakannya dan sebagainya yang ada pada dirinya. Di sini jelas bahawa KITA adalah ciptaan Allah yang TERBAIK yang bermaksud tiada perbezaan darjat antara kita sama ada cerdik, bodoh, lawa atau hodoh dan sebagainya.

Tetapi Kenapa Ada Yang Berjaya Mencapai Impian Mereka Dan Ada Yang Tidak??

Sekali lagi kita lihat pada manual kita itu kerana segala persoalan yang merangkai dalam jiwa kita ada di dalamnya iaitu dalam surah HUD ayat 6

Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).

Di sini Allah menyebut bahawa sedangkan binatang yang bukanlah sebaik-baik kejadian itu ada rezeki mereka yang telah ditetapkan, inikan lagi kita, THE PERFECT CREATURE CREATED BY ALLAH. Oleh itu, kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam menjalani kehidupan ini agar dapat kita menzahirkan rezeki yang telah Allah tetapkan itu. Mungkin rakan-rakan kita yang berpeluang ke sekolah berasrama, rezeki mereka ke arah akademik yakni mereka hebat dalam pelajaran dan tidak semestinya akademik penentu segalanya dalam kehidupan. Mungkin mereka yang kurang dari segi akademik ini Allah mengurniakan mereka kepandai lain dari sudut kemahiran-kemahiran sperti seni, pertukangan, kreatif dan sebagainya. Oleh itu yakinlah dengan janji Allah di sperti yang tertulis di dalam ayat di atas.

Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik

Ada 1 lagi persoalan yang ingin saya kupas pada kali ini iaitu jika kita semua adalah yang terbaik, yang manakah yang lebih baik dalam kalangan yang terbaik itu? Dan apakah matlamat hidup kita? Jika dalam kepercayaan Hindu, mereka hidup bertujuan untuk mencapai 1 tahap yang terbaik di sisi tuhan-mereka iaitu tahap Moksya. Tiada tempat terbaik yang boleh saya rujuki melainkan Kalam Allah yang Agung itu. Dalam surah Al-Hujurat ayat 13 memberikan kita gambaran jelas tentang tujuan hidup kita.

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.

Jadi sudah terang lagi tanpa perlu disuluh-suluh lagi di sini iaitu tujuan kita hidup ialah untuk menjadi ORANG YANG BERTAQWA disisi Allah SWT. Wallahualam

Read more

Thursday, January 28, 2010

PERSEPSI BLOG

0


Salamualaikum warahmatullah...


”wey, aku baru buat blog. Hang p la bace. Baru je siap ari ni. Aku da post da sket.” kata A kepada B ”hang buat blog? Biar betul hang ni? Hang x takot ke? Mesti hang tulis pasal politik nh. Bek hang hati2 sket. Kang kena tangkap bru hang tau”.

Dialog ini mungkin sering atau jarang kita dengar di dalam bual bicara sebahagian rakyat Malaysia.Persoalannya sekarang, apakah setiap penulisan blog itu adalah berkaitan politik? Dan ’Politik’kah sesuatu Blog itu? Mungkin bagi pelajar-pelajar universiti jarang sekali mendengar soal ini tetapi berdasarkan apa yang saya alami, inilah hakikatnya terutama dari golongan usia yang melebihi 40-an. Ini menjadi satu masalah kepada para penulis blog yang menyebabkan mereka menjadi khuatir kalau-kalau pendapat yang mereka lontarkan disalah ertikan dan mereka dipandang pelik oleh sesetengah golongan masyarakat terhadap penulisan mereka. Seharusnya kita lihat dahulu apakah yang menyebabkan sesorang itu ingin menulis sesuatu blog?

Kenapa Tulis Blog?

Di sini saya meletakkan beberapa sebab utama sesuatu blog itu ditulis.

1. mengeluarkan pandangan mengenai isu-isu semasa melalui konsep kebebasan memberi pandangan.

2. meng’update’ diari kehidupan agar dapat diketahui oleh rakan-rakan yang berjauhan

3. menyebarkan ilmu-ilmu spt rsepi masakan, cara-cara meng’upload’ gamba dsb

4. menyebarkan dakwah dan ilmu-ilmu berkaitan Islam sperti persoalan Fiqh, hukum-hakam dan fatwa

5. memberi suatu gambaran kehidupan kepada pembaca akan soal arus hedonism, sekularism dan liberal thinking yang menular dalam jiwa remaja kini

6. menghuraikan hasil-hasil kajian yang telah dibuat agar dapat ditatap dan di pelajari oleh masyarakat

7. dan seribu 1 sebab untuk menulis blog

Jelas lita lihat di sini kebanyakan penulis blog menulis blog atas sebab prihatinnya mereka kepada keadaan pada zaman ini dengan menyampaikan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi yang tidak semua orang dapat mengecapinya. Berbalik kepada persoalan asal. Apa yang dapat kita cedok daripada dialog ringkas di atas ialah bagaimana persepsi masyarakat kini kepada karya-karya penulisan blog. Mereka terlalu rigid dan jumud kerana beranggapan bahawa tujuan penulisan blog adalah untuk mengutuk mana-mana agensi politik di negara ini khususnya hinggakan memandang serong kepada penulisnya. Saya tidak menyalahkan masayarakat semata-mata kerana mungkin mereka berfikiran sebegitu kerana dalam kebelakangan ini ramai penulis blog ditahan kerana menyentuh isu-isu yang sensitif. Namun kita harus membuka minda kita dan berfikir out of the box tentang apakah penulisan blog itu sebenarnya. Disini saya akan menghuraikan lagi soal persepsi dan konsep pemikiran yang perlu kita perbetulkan dalam mencorak satu kehidupan yang sempurna disamping menyirnakan pemikiran negatif.

Spekulasi Menyirnakan Dakwah Mecorakkan Fitnah

Apa yang dimaksudkan disini semestinya mengenai permasalahan yang timbul sekarang apabila sesuatua artikel itu disalah ertikan atau lebih tepat dimanipulasi. Ini merupakan kesinambungan daripada post saya yang terdahulu iaitu Hidangan Mata Mengaburi Santapan Minda. Yang dikatakan dimanipulasi di sini ialah apabila suatu perkara itu ditulis yang memberi satu kesedaran kepada masyarakat dan tidak disenangi oleh beberapa pihak oleh kerana ia mengenai batang hidung mereka sendiri, mereka dengan culas memandang ia sebagai suatu bentuk penghinaan ke atas mereka dan memanipulasi perkara tersebut supaya ia menjadi suatu penulisan yang berbentuk penghinaan dan berbaur hasutan.

Kaedah untuk memanipulasinya cukup mudah dengan mengambil sebahagian ungkapan dari penulisan tersebut yang jika DIBACA tanpa DIFIKIR akan menimbulkan kemarahan kepada pembaca kerana ia berbaur hasutan atau tomahan yang membuta tuli. Pada hakikatnya penulis itu menerangkan tentang sesuatu perkara yang hak yang sepatutnya kita ambil pengajaran dan menerapkan di dalam sanubari kita. Namun, akibat spekulasi yang buruk itu, penulisan itu yang pada asalnya ialah satu bahan DAKWAH kini menjadi FITNAH dan lebih teruk lagi penulis itu di’ban’ kerana membawa mesej hasutan dan penghinaan yang kononnya menyentuh isu sensitif padahal tiada terungkap dalam hati sanubari penulis itu untuk menyakiti hati sesiapa kerana dakwah bukanlah suatu benda yang penyakitkan jika didengari.

Jadi disini ingin saya mengajak anda semua supaya melihat terlebih dahulu apa yang diperkatakan oleh seseorang itu sebelum membuat tafsiran. Sekadar peringatan, ”MEMBACA dengan MATA ertinya BUTA,MEMBACA dengan MINDA ertinya BIJAKSANA”.

Wallahualam....

Read more

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting