Sunday, February 28, 2010

SUKAR UNTUK DIUNGKAP

1

assalamualaikum warahmatullah...

MAAF

Inilah ungkapan yang paling sukar dan benci untuk ku luahkan kali ini.
namun apakan daya ku untuk melawan kehendakNya....
Oleh kerana terlalu banyak masalah dan kekhilafan,

keputusan diambil....

berat untuk diungkap....

ku TIDAK dapat menulis entry tentang MAULIDUR RASUL kali ini.

Maaf yang tidak terhingga ku rungkaikan kepada ARE-J terutamanya kerana tidak dapat memmenuhi permintaan anda.
hikmah tersirat di balik segalanya
akhir kalam

Salam Maulidur Rasul 1431H.

Jadikan Tarikh ini sebagai DAKWAH....bukan FITNAH...

wallahualam

Read more

Wednesday, February 17, 2010

OH KEKASIHKU!

0

Salamualaikum warahmatullah…

Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.

Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.

Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.

Pada pengertian cinta ku,
untuk dirimu, yang dicintai itu.
Saling memberilah antara mu dan ku.
Adakan perkara baik, mu dan aku.

Sumber: http://www.tentangcinta.com/

Puisi di atas ini cukup puitis dan cantik susunan ayatnya(tp bkn saya tlis ye...hehehe) bagi mengambarkan indahya hidup dalam budaya cinta-mencintai dan sayang-menyayangi. Mungkin bila anda membaca apa yang ada di atas ini, anda dapat mengagak apa yang cuba saya sampaikan dalam coretan saya kali ini.

14 Februari



siapa yang tidak kenal dengan tarikh keramat ini. Tarikh yang dijadikan sebagai satu hari yang cukup bermakna bagi pasangan-pasangan kekasih(kononnya) iaitu Valentine’s Day @ dalam lahjah Melayunya, HARI KEKASIH . Mungkin sebahagian daripada kita sudah lali dengan soal Valentine’s Day ini di samping pembongkaran kenapa ia dipanggil sedemikian kerana sering ia dibicarakan di mana-mana sahaja. Jadi kali ini saya tidak ingin menyentuh mengenai hukum menyambutnya atau sejarahnya(jika ingin info tentang hukum sambutan serta sejarahnya, boleh ke blog BADAR KISAS di link ini). Mari kita kosongkan minda kita dari segala macam perspektif seterusnya timbulkan 1 persoalan dalam minda kita., kenapa 14 Februari ini digelar HARI KEKASIH?@ lbih tepat lagi mengapa perlu ada HARI KEKASIH?

Mengapa Adanya HARI KEKASIH?

Sebelum langkahan diperluaskan, lebih baik kita atur langkahan coretan ini dengan lebih kemas terlebih dahulu. Oleh itu, cuba kita buka minda kita dan fikirkan, mengapa Hari Ibu dan Hari Bapa itu disambut? Sebab yang jelas yang boleh kita fikirkan dengan logik akal kita ialah kerana dua insan ini merupakan insan yang paling mulia yang pernah kita temui dalam hidup kita. Insan yang telah berpenat lelah menjadi medium utama yang menyebabkan kita dilahirkan, menggunakan nikmat Allah yang mereka perolehi sepenuhnya untuk membesarkan kita serta mencorakkan kita yang digambarkan sebagai kain putih di kala kita lahir ini dengan corak yang gemerlapan dan suci dengan sinaran akhlak dan peribadi mantap. Bahkan, tiada sesiapa pun dikalangan kita yang tidak mempunyai ibu dan ayah ,melaikan moyang kita, Adam A.S dan isterinya, Hawa serta Nabi Isa A.S yang tidak berbapa. Oleh hal yang demikian, hari yang khusus diwujudkan sebagai 1 pelantar yang menunjukkan bahawa masyarakat di setiap ceruk dunia menghargai dan menyayangi Ibu dan Bapa.

Samalah hakikatnya dengan Hari Kekasih yang sibuk digembar-gemburkan kini. Mana mungkin Hari Kekasih ini diraikan dan menjadi satu keutamaan pada hari ini jika rata-rata penduduk dunia ini tidak mempunyai satu lagi insan yang penting di dalam hidup mereka selepas ibu bapa yakni seorang KEKASIH atau apa-apa sahaja nama yang sengaja diistilahkan untuk menutup istilah kekasih ini seperti teman tapi mesra, adik angkat, teman belajar dan apa saja nama asalkan masyarakat nampak nama itu berbeza dengan perkataan KEKASIH ini. Tahniah kepada Barat yang berPresidenkan Iblis Laknatullah kerana telah berjaya mencapai matlamat mereka.



Sahabatku sekalian,
Kita sering terlepas pandang soal ini. Hal ini kerana pada realitinya, hidup berkasih-kasih dan bercintan-cintun antara bukan mahram ini adalah rancangan mereka semata-mata atau iaitu rancangan yang berpaksikan mejauhkan kita daripada gaya hidup Islam yang sebenarnya seterusnya mencapai objektif utama iaitu menjauhkan kita daripada Dia. Sememangnya sejak dari Adam A.S diciptakan lagi modus operandi ini telah diwujudkan dan kini bala tentera musuh utama kita ini sedang giat melaksanakannya. Nah! Realitinya telah diketahui dan 1 lagi hakikat yang perlu kita terima ialah kita telah TEWAS kepada mereka.

Kekasih

Mengapa saya berkata sedemikian ialah kerana amalan ber’kekasih’ ini sudah bercanggah dengan ayat Al-Quran yang rata-rata semua daripada kita mengaetahui ayat ini iaitu “la TAQRABU zina”. Pada sudut lughahnya(bahasa), TAQRABU berasal daripada perkataan QARABA yakni DEKAT@HAMPIRI. Ini bermakna apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada zina seperti bercinta(zina hati), melihat aksi lucah(zina mata) dan sebagainya adalah HARAM berdasarkan kaedah istinbat hukum lafaz LA yang merupakan laam al-amar(lam suruhan) yang berbentuk nahi(jangan) yang membawa maksud LARANGAN MENDEKATI ZINA. Bercinta ialah salah satu daripada zina hati kerana apabila kita teringat @ terbayang kepada seseorang yang berlainan jantina daripada kita yang boleh dikahwini, ia sudah jatuh hukum zina hati. Zina hati ini memang satu fenomena yang sukar untuk ditepis. Jujur saya katakan, saya sendiri pernah mengalami masalah zina hati ini dan dalam sesi rawatan untuk meencegahnya.



Sahabatku sekalian,
Jika kita lihat pada sirah Rasulullah SAW, Nabi sendiri tidak pernah bercinta sebelum Baginda mengahwini seseorang wanita. Contohnya, sebelum Nabi SAW mengahwini Siti Khadijah, pasangan syurga ini tidak pernah menguntumkan bait-bait cinta sesama mereka dan mereka tidak pernah bercinta selain selepas pasangan syurga ini dinikahkan. Inilah hakikat cinta antara lelaki dan wanita yang hakiki menurut norma kehidupan seorang Muslim iaitu SELEPAS PERKAHWINAN.



Tuntasnya, bercinta dan berkasih sesama lelaki dan perempuan sebelum diijab kabulkan tidak akan membawa apa-apa faedah kepada kita sebenarnya. Sebaliknya, ia menambah helaian dalam catitan ‘teman’ yang sering duduk di bahu kiri kita. Walaupun ada sebahagian daripada kita yang mengatakan bercinta ini dapat membantu dalam pelajaran atau yang sama waktu dengannya, tetapi sebenarnya sahabat sejantina lebih cekap dalam mebantu kita. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada insan-insan yang sudah terjebak atau yang sudah berniat untuk merasai nikmat dicintai dan mencintai dalam fenomena ciptaan manusia ini supaya cuba untuk tidak meneruskannya. Bagi yang rasa agak sukar, saya sarankan berkahwin atau menghentikannya dengan berhikmah dengan step yang paling awal iaitu mengikat diri kita kepada Allah dan Al-Quran. Wallahualam…

Read more

Tuesday, February 9, 2010

WANITA DAN PERHIASANNYA

0

Assalamualaikum warahmatullah….



Pada awal tahun 2009, dikala saya menghadiri 1 majlis halaqah mingguan di surau As-Syakirin, SBPI Gopeng, muncul 1 perkataan yang jarang sekali saya dengar diperkatakan selama ini tetapi ia merupakan masalah tersirat yang kebanyakan dari kita tidak mengetahui hakikatnya. Perkataan tersebut ialah TABARRUJ. Dan oleh kerana itu, saya mencari apa yang diertikan dengan TABARRUJ ini dan Alhamdulillah, saya temui jawapannya pada pertengahan tahun 2009. Oleh itu, saya terpanggil untuk menghidangkan serba ringkas ‘hidangan minda’ ini kepada masayarat umumnya.

Menurut seorang Ulama’ Mesir tahun 1930M, Ustazah Ni’mat Sidqi, tabarruj ialah “mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Manakala menurut Imam Al-Bukhari pula, Tabarruj bermaksudseseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Definisi Imam Al-bukhari ini jelas dalam membicarakan soal tabarruj ini. Jadi di sini jelas tabarruj merupakan suatu perbuatan oleh kaum wanita dalam menghiaskan diri dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh menyebabkan perubahan secara zahir pada dir mereka. Di sini ingin saya menimbulkan satu persoalan, adakah berdosa jika seseorang wanita itu bertabarruj?

HAKIKAT TABARRUJ

Pada hakikatnya, tidak salah seseorang wanita itu untuk berhias diri tetapi berdasarkan apa yang ditetapkan iaitu mereka boleh berhias diri dengan bermekap, memakai pakaian yang cantik, seksi dan sebagainya hanya DI HADAPAN SUAMI. Bahkan diharuskan oleh Islam. Sebaliknya, tidak diharuskan kepada wanita untuk berhias diri di hadapan khalayak ramai. Di sini saya bawakan 1 contoh bagi perilaku tabarruj yang tidak diharuskan. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan lengkap. Namun dia juga memakai wangi-wangian yang kuat, memerahkan pipinya(bermekap) serta mengenakan kebaya yang mengikut bentuk tubuhnya di samping berjalan dalam keadaan yang sengaja dilenggokkan. Ini yang dikatakan sebagai TABARRUJ dan ini yang menjadi permasalahan kita pada hari ini sebenarnya khususnya bagi kaum wanita. Ini akan menimbulkan perasaan minat kepada mereka yang melihat wanita itu yang menjurus ke arah ‘minat’ yang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.

Allah juga berfirman dalam surah AN-NUR ayat 31,

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung



Mengapa Islam begitu melarang kaum wanita daripada menghiaskan diri mereka? Hal ini kerana kasihnya Allah kepada kaum wanita. Islam sangat menjaga kehormatan wanita. Itulah sebabnya Islam melarang kaum wanita ini daripada berhias diri kecuali di hadapan suami kerana perhiasan diri itu tidak harus ditunjuk kepada org ramai di mana ia akan menimbulkan keinginan syahwat mereka. Buktinya boleh kita dapati dalam surah AL-AHZAB ayat 59

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengenakan JILBABnya[baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka TIDAK DIGANGGU. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Anda(kaum wanita) boleh memakai wangi-wangian sekiranya untuk mengelakkan bau busuk dari badan yang menjaga kehormatan anda. Tetapi bau-bauan itu janganlah smpai boleh di hidu oleh org lain. Cukup sekadar menutup bau yang kurang menyenangkan dari badan dan orang lain tidak merasakan wangian tersebut seperti menggunakan deodorant yang mengekalkan kesegaran badan, bukan mewangikan badan.

‘HIASAN’ BAGI WANITA

Sebenarnya ada 1 lagi hiasan yang dibenarkan kepada wanita untuk digayakan kepada khalayak, yakni hiasan AKHLAK. Yang saya maksudkan disini ialah dengan memperlihatkan kesopanan anda, keteguhan anda dalam memperjuangkan yang hak bagi syariat Allah serta kepandaian anda dalam berbicara mengikut keadaan dan orang yang anda temui. Bahkan melunakkan suara ini ditegah oleh Allah di dalam surah AL-AHZAB ayat 32

“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu LUNAK DALAM BERBICARA sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.”

Percaya atau tidak, wanita ini adalah 1 sumber dakwah pada masa kini. Mengapa saya mengatakan demikian? Contohnya, seorang wanita mengambil jurusan kejuruteraan tetapi jika dilihat dari zahirnya beliau berpewatakan seperti seorang mahasiswi jurusan syariah. Nah!ini memperlihatkan bahawa sinar Islam telah meresap ke dalam jiwa masyarakat kerana kebiasaannya, mahasiswi yang mengambil jurusan selain jurusan agama tidak mengenakan pakaian yang sepatutnya sperti tudung labuh, handsock, stoking baju yang longgar dan semestinya menutup aurat. Bahkan mereka juga sering mengikuti halaqah dan majlis-majlis ilmu. Subahanallah! Ini akan menimbulkan keinginan juga kepada orang yang melihatnya tetapi keinginan dari sudut yang baik yakni keinginan untuk mengikut gaya hidup sebegitu. Inilah dia sebenarnya kecantikan sejati bagi anda wahai kaum HAWA!.



Akhirul kalam, saya ingin meminta maaf kepada kaum Hawa terutamanya jika persoalan di dalam artikel ini menyinggung hati anda tetapi ingatlah, kembalikan diri anda ke dalam cara hidup Islam yang sebenarnya. Mungkin sesetengah dari pada anda merasakan kurang senang akan artikel ini namun kita harus sedar seperti firman Allah dalam surah AL-BAQARAH ayat 216

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Seringkas yang boleh daripada saya. Teguran dipinta jika terdapat kekhilafan dalam coretan ini. Wallahualam…

Read more

Tuesday, February 2, 2010

SIAPA YANG CERDIK SEBENARNYA??-edited-

0

Assalamualaikum warahmatullah….

Sedar atau tidak remaja terutamanya mereka yang memegang title ‘pelajar sekolah’ tidak pernah lari dengan 1 lagi fenomena kecil yang sudah lama menerombosi akal dan fikiran kita selama ini. Mungkin agak sukar untuk saya menafsirkan secara tepat apakah dia fenomena yang saya perkatakan tetapi mungkin tajuk di atas sudah cukup untuk menzahirkan persoalan tentang fenomena ini. Seperti biasa, saya akan menggunakan 1 kaedah yang cukup mudah dalam saya memberi first impression kepada anda supaya anda jelas dengan apa yang akan saya sampaikan kali ini iaitu memperlihatkan situasinya dalam bentuk DIALOG.

“hebat r hang skola sbp..bukan mcm aku...skola harian biase je. Xde r PANDAI cam hang. Segan r aku ngan hang”

ATAU

”Pergh! hang top 10, dasyat r. pandai gila hang. xmacam aku, BODO, num last”


Saya sendiri pernah mengalami situasi ini apabila saya bertemu dengan sahabat-sahabat saya ketika musim cuti. Hinggakan saya menjadi serba salah apabila mereka berkata sedemikian. Jelas fenomena ini sering terjadi dalam masyarakat yang beruniformkan baju cotton putih berlencana sekolah pada zaman ini. Jika kita lihat dalam dialog ringkas di atas, jelas wujudnya 1 sistem iaitu SISTEM DARJAT yang membeza-bezakan manusia itu berdasarkan KECEMERLANGAN AKADEMIK ataupun di India sistem yang membezakan taraf manusia ini dipanggil KASTA.

Wujudkah DARJAT Dalam Islam?

Hidup kita tidak akan dapat dijauhkan dari Al-Quran kecuali kita yang menjauhinya. Mari kita lihat adakah wujud sistem darjat manusia dalam Islam dengan merujuk manual hidup kita yakni AL-QURAN. Pertamanya mari kita rujuk surah Al-Baqarah ayat 30

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi

Ayat ini menceritakan tentang saat Allah menjadikan Nabi Adam A.S, seorang MANUSIA dan KITA SEMUA adalah MANUSIA di mana kita juga adalah seorang KHALIFAH. Jika kita lihat pada masa ini, dalam membuat pilihan seorang KHALIFAH atau KETUA dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan, semestinya orang yang paling layak untuk mengetuai kita adalah orang yang TERBAIK dalam kalangan kita dari segi kepimpinannya, kecerdikannya, kewarakannya dan sebagainya yang ada pada dirinya. Di sini jelas bahawa KITA adalah ciptaan Allah yang TERBAIK yang bermaksud tiada perbezaan darjat antara kita sama ada cerdik, bodoh, lawa atau hodoh dan sebagainya.

Tetapi Kenapa Ada Yang Berjaya Mencapai Impian Mereka Dan Ada Yang Tidak??

Sekali lagi kita lihat pada manual kita itu kerana segala persoalan yang merangkai dalam jiwa kita ada di dalamnya iaitu dalam surah HUD ayat 6

Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).

Di sini Allah menyebut bahawa sedangkan binatang yang bukanlah sebaik-baik kejadian itu ada rezeki mereka yang telah ditetapkan, inikan lagi kita, THE PERFECT CREATURE CREATED BY ALLAH. Oleh itu, kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam menjalani kehidupan ini agar dapat kita menzahirkan rezeki yang telah Allah tetapkan itu. Mungkin rakan-rakan kita yang berpeluang ke sekolah berasrama, rezeki mereka ke arah akademik yakni mereka hebat dalam pelajaran dan tidak semestinya akademik penentu segalanya dalam kehidupan. Mungkin mereka yang kurang dari segi akademik ini Allah mengurniakan mereka kepandai lain dari sudut kemahiran-kemahiran sperti seni, pertukangan, kreatif dan sebagainya. Oleh itu yakinlah dengan janji Allah di sperti yang tertulis di dalam ayat di atas.

Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik

Ada 1 lagi persoalan yang ingin saya kupas pada kali ini iaitu jika kita semua adalah yang terbaik, yang manakah yang lebih baik dalam kalangan yang terbaik itu? Dan apakah matlamat hidup kita? Jika dalam kepercayaan Hindu, mereka hidup bertujuan untuk mencapai 1 tahap yang terbaik di sisi tuhan-mereka iaitu tahap Moksya. Tiada tempat terbaik yang boleh saya rujuki melainkan Kalam Allah yang Agung itu. Dalam surah Al-Hujurat ayat 13 memberikan kita gambaran jelas tentang tujuan hidup kita.

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.

Jadi sudah terang lagi tanpa perlu disuluh-suluh lagi di sini iaitu tujuan kita hidup ialah untuk menjadi ORANG YANG BERTAQWA disisi Allah SWT. Wallahualam

Read more

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting