Monday, January 25, 2010

Hidangan Mata Mengaburi Santapan Minda

0





Bayangkan anda pergi ke sebuah restoran untuk membeli makanan. Sayangnya hanya tinggal 2 jenis hidangan yang tinggal untuk dibeli iaitu burger dan salad. Tanpa berikir panjang anda memesan burger yang menyelerakan bahkan meminta di’special’kan burger tersebut. Namun, sedarkah anda apa isi kandungan ataupun nutrisi dalam burger ‘special’ tersebut? Manakah yang lebih sesuai? Burger yang menyelerakan dengan lemak-lemak dan kolestrol tinggi yang cukup baik untuk merosakkan badan kita ataupun salad yang membosankan dengan serat dan vitamin yang baik untuk badan terutama dalam pertumbuhan sel-sel baru? Akhirnya anda juga yang menyesal kerana memilih tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Inilah yang dikatakan Hidangan Mata Mengaburi Santapan Minda. Apa itu ‘Hidangan Mata’ dan mengapa ia mengaburi ‘Santapan minda’? Disini saya terpanggil untuk membicarakan satu lagi masalah ummah kita pada hari ini iaitu berkaitan cara kita menerima sesuatu seterusnya menilai perkara tersebut terutama soal-soal berkaitan syariat Islam.


Hidangan Mata? Apa Masalahnya?

Hidangan mata yang dimaksudkan di sini ialah kita mentafsir sesuatu perkara @ sesuatu coretan itu melalui persepsi awal tanpa mengetahui dan menilai dengan jelas apa yang ingin disampaikan atau dalam erti kata lain apa yang tersirat di dalamnya. Hinggakan sesuatu perkara itu dianggap buruk kerana kita hanya MEMBACA, tidak MEMIKIR. hal ini memang jelas berlaku apabila banyak terjadi salah faham dalam memahami sesuatu perkara kerana kita hanya menggunakan 1 anggota badan untuk mentafsir sesuatu iaitu MATA. Mata hanya berfungsi untuk membaca bukan untuk memahami maksud perkataan @ coretan yang di sampaikan tetapi MINDA atau fikiranlah yang akan berfungsi mengawal mata kita dan seluruh badan kita untuk memahami sesuatu itu dan seterusnya menafsirkannya.

Oleh kerana itu, seharusnya tatkala kita menemui sesuatu coretan atau artikel dan membacanya, ambillah sedikt masa untuk kita memahami maksud yang tersirat di dalam coretan itu. Janganlah kita terus mentafsirnya dengan membuta tuli tanpa memahami apa yang tersirat. Semestinya seseorang penulis pasti akan memasukkan elemen yang tersirat dalam coretan mereka untuk menambahkan seri dalam tulisan mereka.

Oleh itu janganlah semudah memetik bunga di taman dalam kita menilai sesuatu yang sampai ke pancaindera kita sebelum melihat apakah yang tersirat di sebaliknya terlebih dahulu. Disini ingin saya mengajak anda semua untuk merajinkan diri menkaji sedalam-dalamnya segala yang sampai kepada kita agar kita tahu siapa betul dan siapa yang salah. Zaman kini memang sukar untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk kerana maklumat sering dimanipulasi dan ditokok tambah untuk menutupi keburukan sesorang dan memburukkan sesorang hinggakan sesuatu DAKWAH itu bertukar menjadi FITNAH seterusnya membawa penyesalan kepada kita kerana kesilapan dalam menilai dan menghukum. Wallahualam

0 comments:

There was an error in this gadget

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting