Thursday, January 28, 2010

PERSEPSI BLOG

0


Salamualaikum warahmatullah...


”wey, aku baru buat blog. Hang p la bace. Baru je siap ari ni. Aku da post da sket.” kata A kepada B ”hang buat blog? Biar betul hang ni? Hang x takot ke? Mesti hang tulis pasal politik nh. Bek hang hati2 sket. Kang kena tangkap bru hang tau”.

Dialog ini mungkin sering atau jarang kita dengar di dalam bual bicara sebahagian rakyat Malaysia.Persoalannya sekarang, apakah setiap penulisan blog itu adalah berkaitan politik? Dan ’Politik’kah sesuatu Blog itu? Mungkin bagi pelajar-pelajar universiti jarang sekali mendengar soal ini tetapi berdasarkan apa yang saya alami, inilah hakikatnya terutama dari golongan usia yang melebihi 40-an. Ini menjadi satu masalah kepada para penulis blog yang menyebabkan mereka menjadi khuatir kalau-kalau pendapat yang mereka lontarkan disalah ertikan dan mereka dipandang pelik oleh sesetengah golongan masyarakat terhadap penulisan mereka. Seharusnya kita lihat dahulu apakah yang menyebabkan sesorang itu ingin menulis sesuatu blog?

Kenapa Tulis Blog?

Di sini saya meletakkan beberapa sebab utama sesuatu blog itu ditulis.

1. mengeluarkan pandangan mengenai isu-isu semasa melalui konsep kebebasan memberi pandangan.

2. meng’update’ diari kehidupan agar dapat diketahui oleh rakan-rakan yang berjauhan

3. menyebarkan ilmu-ilmu spt rsepi masakan, cara-cara meng’upload’ gamba dsb

4. menyebarkan dakwah dan ilmu-ilmu berkaitan Islam sperti persoalan Fiqh, hukum-hakam dan fatwa

5. memberi suatu gambaran kehidupan kepada pembaca akan soal arus hedonism, sekularism dan liberal thinking yang menular dalam jiwa remaja kini

6. menghuraikan hasil-hasil kajian yang telah dibuat agar dapat ditatap dan di pelajari oleh masyarakat

7. dan seribu 1 sebab untuk menulis blog

Jelas lita lihat di sini kebanyakan penulis blog menulis blog atas sebab prihatinnya mereka kepada keadaan pada zaman ini dengan menyampaikan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi yang tidak semua orang dapat mengecapinya. Berbalik kepada persoalan asal. Apa yang dapat kita cedok daripada dialog ringkas di atas ialah bagaimana persepsi masyarakat kini kepada karya-karya penulisan blog. Mereka terlalu rigid dan jumud kerana beranggapan bahawa tujuan penulisan blog adalah untuk mengutuk mana-mana agensi politik di negara ini khususnya hinggakan memandang serong kepada penulisnya. Saya tidak menyalahkan masayarakat semata-mata kerana mungkin mereka berfikiran sebegitu kerana dalam kebelakangan ini ramai penulis blog ditahan kerana menyentuh isu-isu yang sensitif. Namun kita harus membuka minda kita dan berfikir out of the box tentang apakah penulisan blog itu sebenarnya. Disini saya akan menghuraikan lagi soal persepsi dan konsep pemikiran yang perlu kita perbetulkan dalam mencorak satu kehidupan yang sempurna disamping menyirnakan pemikiran negatif.

Spekulasi Menyirnakan Dakwah Mecorakkan Fitnah

Apa yang dimaksudkan disini semestinya mengenai permasalahan yang timbul sekarang apabila sesuatua artikel itu disalah ertikan atau lebih tepat dimanipulasi. Ini merupakan kesinambungan daripada post saya yang terdahulu iaitu Hidangan Mata Mengaburi Santapan Minda. Yang dikatakan dimanipulasi di sini ialah apabila suatu perkara itu ditulis yang memberi satu kesedaran kepada masyarakat dan tidak disenangi oleh beberapa pihak oleh kerana ia mengenai batang hidung mereka sendiri, mereka dengan culas memandang ia sebagai suatu bentuk penghinaan ke atas mereka dan memanipulasi perkara tersebut supaya ia menjadi suatu penulisan yang berbentuk penghinaan dan berbaur hasutan.

Kaedah untuk memanipulasinya cukup mudah dengan mengambil sebahagian ungkapan dari penulisan tersebut yang jika DIBACA tanpa DIFIKIR akan menimbulkan kemarahan kepada pembaca kerana ia berbaur hasutan atau tomahan yang membuta tuli. Pada hakikatnya penulis itu menerangkan tentang sesuatu perkara yang hak yang sepatutnya kita ambil pengajaran dan menerapkan di dalam sanubari kita. Namun, akibat spekulasi yang buruk itu, penulisan itu yang pada asalnya ialah satu bahan DAKWAH kini menjadi FITNAH dan lebih teruk lagi penulis itu di’ban’ kerana membawa mesej hasutan dan penghinaan yang kononnya menyentuh isu sensitif padahal tiada terungkap dalam hati sanubari penulis itu untuk menyakiti hati sesiapa kerana dakwah bukanlah suatu benda yang penyakitkan jika didengari.

Jadi disini ingin saya mengajak anda semua supaya melihat terlebih dahulu apa yang diperkatakan oleh seseorang itu sebelum membuat tafsiran. Sekadar peringatan, ”MEMBACA dengan MATA ertinya BUTA,MEMBACA dengan MINDA ertinya BIJAKSANA”.

Wallahualam....

Read more

Wednesday, January 27, 2010

RANTAI OH RANTAI

0


Salamualaikum warahmatullah…

Untuk post yang kali ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang saya alami semalam yakni pada waktu magrib. Kerana di dalam apa yg saya lihat pada waktu itu mungkin boleh memberi pengajaran yang mendalam dalam jiwa kita mengenai permasalahan umat kita pada masa ini terutama di Negara kita. Permasalahan tentang institusi keluarga, penyerapan kosep pemikiran liberal dalam minda kita dan sebagainya. Walaupun kisah ini pendek dan ringkas, namun jika kita lihat dari setiap perspektif, banyak perkara yang menjadi punca kepada berlakunya kejadian ini (lebih kurang kejadian jugak la)….

Alkisah…. Sebaik sahaja berkumandangnya azan di RTM1 semalam, saya pun mengemaskan diri dan seperti biasa mengenakan kain pelikat dan sehelai t-shirt(bju melayu xsmpat capai..dah lewat..hehehehe) untuk ke pergi ke surau yg hanya selang 2-3 lorong sahaja dari lorong rumah saya(sebuah taman perumahan la). Tiba shaja saya di surau itu, imam sedang sujud untuk rakaat yang pertama. Adus!lewat lagi. Bentah saya dalam hati.

Dalam pada saya ingin mengangkat takbir untuk mengikuti imam untuk solat(walaupun masbuk), saya terpandang satu permandangan yang cukup menjelikkan, menjijikkan dan menyakitkan hati. Saya delay sekejap takbir saya dan bertanya kepada seorang jemaah yang juga baru sampai ketika itu. “bang, tu kenapa ngan budak tu?” “hmm..”dengus jemaah itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu membetulkan kedudukannya dan mengangkat takbir. Saya juga dengan perasaan marah bercampur bengang cuba menenangkan perasaan kerana melihat seorang remaja di depan saya yang datang lebih awal dari saya dan sempat takbir bersama imam(saya rsala) berusia dalam linkungan 13-16tahun berbaju kuning lusuh, berkain pelikat dan tidak berkopiah sedang solat seperti jemaah yg lain. Apa yang menjelikkan ialah remaja ini dengan tenang dan ‘cool’nya memakai SEUTAS RANTAI BESI dilehernya! Inilah perkara yang membuatkan saya tidak senang untuk melihatnya.

ni la bentuk rantai yang dipakai

Melalui nukilan ringkas ini, cuba kita lihat dari perspektif-perspektif yang berbeza. Saya mulakan dengan 1 perspektif positif:

· Seorang remaja datang solat jemaah di surau@masjid. Pada masa ini mmg sukar untuk kita lihat remaja datang untuk solat berjemaah di surau melainkan disuruh atau dipaksa oleh ayahnya. Boleh dikatakan kira-kira 1 dalam 50 orang remaja sahaja yang hadir ke surau untuk solat jemaah dan mengikuti apa-apa majlis yang dianjurkan oleh pihak surau@masjid pada zaman menanti penghujung dunia ini.

Ini dari sudut positif, tetapi jika kita lihat dengan jelas melalui kisah ini, lebih besar negatif daripada positif. Mari kita lihat 1 hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Pada hakikatnya rantai merupakan 1 perhiasan bagi wanita dan di sini jelas bahawa pemakaian rantai adalah HARAM. Jika memakainya sahaja sudah HARAM, inikan lagi dipakai ketika solat. Ia menjadi HARAM JADAH. Ini dari sudut hukum.

Apa Kaitannya Dengan Pemikiran Liberal ???

Cuba kita lihat dari 1 sudut lagi melalui 1 persoalan, mengapa remaja tersebut memakai rantai? Disini saya melihat bahawa 1 budaya pemikiran yang kini sedang giat menerombosi jiwa dan sanubari remaja kita ialah kebebasan ataupun liberal. Pemikiran liberal disini tampak jelas apabila seorang remaja yang sememangnya mengikuti kelas agama disekolahnya berfikiran bahawa memakainya bukanlah 1 masalah kerana ia adalah 1 kebebasan dalam berpakaian. Pada hakikatnya dia tidak menyedari akan haramnya ke atas LELAKI untuk memakainya. Oleh itu, dia dengan ’cool’nya memakainya ketika solat yang pada hakikatnya dia mencampurkan kebatilan dengan ibadah. Wallahualam.

Read more

Monday, January 25, 2010

Hidangan Mata Mengaburi Santapan Minda

0





Bayangkan anda pergi ke sebuah restoran untuk membeli makanan. Sayangnya hanya tinggal 2 jenis hidangan yang tinggal untuk dibeli iaitu burger dan salad. Tanpa berikir panjang anda memesan burger yang menyelerakan bahkan meminta di’special’kan burger tersebut. Namun, sedarkah anda apa isi kandungan ataupun nutrisi dalam burger ‘special’ tersebut? Manakah yang lebih sesuai? Burger yang menyelerakan dengan lemak-lemak dan kolestrol tinggi yang cukup baik untuk merosakkan badan kita ataupun salad yang membosankan dengan serat dan vitamin yang baik untuk badan terutama dalam pertumbuhan sel-sel baru? Akhirnya anda juga yang menyesal kerana memilih tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Inilah yang dikatakan Hidangan Mata Mengaburi Santapan Minda. Apa itu ‘Hidangan Mata’ dan mengapa ia mengaburi ‘Santapan minda’? Disini saya terpanggil untuk membicarakan satu lagi masalah ummah kita pada hari ini iaitu berkaitan cara kita menerima sesuatu seterusnya menilai perkara tersebut terutama soal-soal berkaitan syariat Islam.


Hidangan Mata? Apa Masalahnya?

Hidangan mata yang dimaksudkan di sini ialah kita mentafsir sesuatu perkara @ sesuatu coretan itu melalui persepsi awal tanpa mengetahui dan menilai dengan jelas apa yang ingin disampaikan atau dalam erti kata lain apa yang tersirat di dalamnya. Hinggakan sesuatu perkara itu dianggap buruk kerana kita hanya MEMBACA, tidak MEMIKIR. hal ini memang jelas berlaku apabila banyak terjadi salah faham dalam memahami sesuatu perkara kerana kita hanya menggunakan 1 anggota badan untuk mentafsir sesuatu iaitu MATA. Mata hanya berfungsi untuk membaca bukan untuk memahami maksud perkataan @ coretan yang di sampaikan tetapi MINDA atau fikiranlah yang akan berfungsi mengawal mata kita dan seluruh badan kita untuk memahami sesuatu itu dan seterusnya menafsirkannya.

Oleh kerana itu, seharusnya tatkala kita menemui sesuatu coretan atau artikel dan membacanya, ambillah sedikt masa untuk kita memahami maksud yang tersirat di dalam coretan itu. Janganlah kita terus mentafsirnya dengan membuta tuli tanpa memahami apa yang tersirat. Semestinya seseorang penulis pasti akan memasukkan elemen yang tersirat dalam coretan mereka untuk menambahkan seri dalam tulisan mereka.

Oleh itu janganlah semudah memetik bunga di taman dalam kita menilai sesuatu yang sampai ke pancaindera kita sebelum melihat apakah yang tersirat di sebaliknya terlebih dahulu. Disini ingin saya mengajak anda semua untuk merajinkan diri menkaji sedalam-dalamnya segala yang sampai kepada kita agar kita tahu siapa betul dan siapa yang salah. Zaman kini memang sukar untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk kerana maklumat sering dimanipulasi dan ditokok tambah untuk menutupi keburukan sesorang dan memburukkan sesorang hinggakan sesuatu DAKWAH itu bertukar menjadi FITNAH seterusnya membawa penyesalan kepada kita kerana kesilapan dalam menilai dan menghukum. Wallahualam

Read more

Saturday, January 23, 2010

Awwalul Kalam

0

Salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Blog ini merupakan satu medium untuk saya meluaskan pemikiran dan memperkayakan ilmu yg ada disamping cuba untuk memenuhi impian ana yakni sbg seorg insan yg berusaha untuk menyampaikan kebaikan kepda umat manusia disamping membuka minda kta kearah satu jalan yg benar berlandaskn Al-Quran dan As-sunnah...

Saya memilih nama LOOKING FOR THE TRUTH berdasarkan prinsip saya dalam berbicara soal hidup ini iaitu membetulkan diri saya disamping pemikiran para pembaca ke dalam melihat sesuatu perkara yg sering kta lakukan tetapi tdak kta sdar sama ada perkara itu adalah satu perkara@lahjah pemikiran yg tepat atau tidak. Malahan dalam blog ini juga InsyaAllah akan dimuatkan dgn perkara2 yg saya lihat dan alami selama nafas saya masih lagi melalui rongga pernafasan saya serta perkara2 lama yg masih segar diingatan saya yg boleh diambil pengajaran darinya.

InsyaAllah dgn hadirnya blog ini ke dalam rangkaian inernet dan juga ke dalam diri saya,saya dapat mencapai keinginan saya sejak memegang title 'murid-murid' lg iaitu impian untuk menyampaikan ilmu2 yg saya peroleh kepada org ramai.Terlebih dahulu saya meminta jasa baik sesiapa yg membaca post2 saya nanti supaya menegur jika ada kesalahan fakta dalam coretan saya nanti spt kata salah seorang Khulafa' Ar-Rasyidin(saya xigt siapa) di dalam ucapannya ketika dilantik menjdi Khalifah "jika ak benar,ikutilah aku dan jika aku salah,tegurilah aku"(lbih krg camni la ayt beliau)...sekian..wassalam

Read more

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting