Sunday, November 14, 2010

JANGAN BEMAIN DENGAN API

1



mungkin tika ini kami hanya pemerhati,
mungkin tika ini kami hanya pendengar,
mungkin juga tika ini kami hanya mampu memendam rasa,
atau mungkin tika ini wajah kami hanya mampu mengukir pedih

Ya benar
Kalam kalian ‘membawa mesej Islam’
Kalam kalian ‘mengagungkan Islam’
Tapi perilaku kalian menghina Islam
Kami tidak melihat bicara
Tapi kami melihat cara
Kerana your actions speaks louder then your words

Bencana fikir kalian,
Duka sosial yang kalian pamerkan,
Kejahilan ‘muslim’ menfitnah Islam,
Keindahan agama yang kalian jelikkan
serta 1001 kejahilan yang dicantikkan di mata

Ini yang membawa pedih,
Ini yang kami pendam,
Ini yang membina dendam
Dendam kesumat yang tidak akan padam
Dendamkan Muslim yang merosakkan Islam

Kerana kami cemburukan agama kami
Cemburu melihat ia dicemari
Kononnya Islam kau junjung dan kendong
Sedangkan Islam kau hina dan kau maki

Gentarlah wahai perosak Islam!
saat nanti kami akan berdiri,
menzahirkan diri yang lama mendiam diri,
cabarlah kami,
maka kenallah anda wajah seorang da'i
kerana Islam hidup kami
bukan mainan kotor duniawi

* Puisi ini dicoretkan oleh saya sendiri pada petang Jumaat 22 Oktober 2010 selepas melihat satu demonstrasi tehadap IFF secara aman yang dikecohkan oleh sekumpulan polis yang kononnya ingin mengelakkan kekecohan ditimbulkan oleh para mahasiswa. Sebaliknya,polis tersebut yang menimbulkan kekecohan. Lebih teruk lagi,seorang polis(saya masih ingat namanya) menengking seoran ajk surau berstatus orang tua separuh abad yang keluar untuk menghentikan kekecohan yang berlaku.

IFF


Pada asalnya puisi ini hanya merangkumi rangkap pertama dan terakhir. Tapi selepas diolah, inilah hasilnya. Dan puisi ini ditulis rentetan isu ‘so-called’ busana muslimah yang dipamerkan oleh model-model barat di dalam IFF(Islamic Fashion Festival) di Monte Carlo yang jelas,terang,yakin,tepat,clear, visible dan segala macam perkataan yang menggambarkan jelasnya pakaian-pakaian yang diperagakan langsung tidak menzahirkan pakaian seorang muslimah.

Lebih menyedihkan, penaung utama acara ini ialah seorang MUSLIMAH dari MALAYSIA yang sangat dikenali. Suaminya turut sama berada dalam majlis tersebut. Anda pasti kenal dengan insan didalam link video ini(sengaja saya tidak menyebut nama MUSLIMAH TERKENAL tersebut khuatir blog ini dikatakan blog mainan kotor politik).

Wallahualam….

1 comments:

Mohammad Aiman said...

dunia nak kiamat..
*sigh*

There was an error in this gadget

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting