Tuesday, February 9, 2010

WANITA DAN PERHIASANNYA

0

Assalamualaikum warahmatullah….



Pada awal tahun 2009, dikala saya menghadiri 1 majlis halaqah mingguan di surau As-Syakirin, SBPI Gopeng, muncul 1 perkataan yang jarang sekali saya dengar diperkatakan selama ini tetapi ia merupakan masalah tersirat yang kebanyakan dari kita tidak mengetahui hakikatnya. Perkataan tersebut ialah TABARRUJ. Dan oleh kerana itu, saya mencari apa yang diertikan dengan TABARRUJ ini dan Alhamdulillah, saya temui jawapannya pada pertengahan tahun 2009. Oleh itu, saya terpanggil untuk menghidangkan serba ringkas ‘hidangan minda’ ini kepada masayarat umumnya.

Menurut seorang Ulama’ Mesir tahun 1930M, Ustazah Ni’mat Sidqi, tabarruj ialah “mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Manakala menurut Imam Al-Bukhari pula, Tabarruj bermaksudseseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Definisi Imam Al-bukhari ini jelas dalam membicarakan soal tabarruj ini. Jadi di sini jelas tabarruj merupakan suatu perbuatan oleh kaum wanita dalam menghiaskan diri dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh menyebabkan perubahan secara zahir pada dir mereka. Di sini ingin saya menimbulkan satu persoalan, adakah berdosa jika seseorang wanita itu bertabarruj?

HAKIKAT TABARRUJ

Pada hakikatnya, tidak salah seseorang wanita itu untuk berhias diri tetapi berdasarkan apa yang ditetapkan iaitu mereka boleh berhias diri dengan bermekap, memakai pakaian yang cantik, seksi dan sebagainya hanya DI HADAPAN SUAMI. Bahkan diharuskan oleh Islam. Sebaliknya, tidak diharuskan kepada wanita untuk berhias diri di hadapan khalayak ramai. Di sini saya bawakan 1 contoh bagi perilaku tabarruj yang tidak diharuskan. Seorang wanita yang menutup auratnya dengan lengkap. Namun dia juga memakai wangi-wangian yang kuat, memerahkan pipinya(bermekap) serta mengenakan kebaya yang mengikut bentuk tubuhnya di samping berjalan dalam keadaan yang sengaja dilenggokkan. Ini yang dikatakan sebagai TABARRUJ dan ini yang menjadi permasalahan kita pada hari ini sebenarnya khususnya bagi kaum wanita. Ini akan menimbulkan perasaan minat kepada mereka yang melihat wanita itu yang menjurus ke arah ‘minat’ yang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.

Allah juga berfirman dalam surah AN-NUR ayat 31,

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung



Mengapa Islam begitu melarang kaum wanita daripada menghiaskan diri mereka? Hal ini kerana kasihnya Allah kepada kaum wanita. Islam sangat menjaga kehormatan wanita. Itulah sebabnya Islam melarang kaum wanita ini daripada berhias diri kecuali di hadapan suami kerana perhiasan diri itu tidak harus ditunjuk kepada org ramai di mana ia akan menimbulkan keinginan syahwat mereka. Buktinya boleh kita dapati dalam surah AL-AHZAB ayat 59

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengenakan JILBABnya[baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada] ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka TIDAK DIGANGGU. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Anda(kaum wanita) boleh memakai wangi-wangian sekiranya untuk mengelakkan bau busuk dari badan yang menjaga kehormatan anda. Tetapi bau-bauan itu janganlah smpai boleh di hidu oleh org lain. Cukup sekadar menutup bau yang kurang menyenangkan dari badan dan orang lain tidak merasakan wangian tersebut seperti menggunakan deodorant yang mengekalkan kesegaran badan, bukan mewangikan badan.

‘HIASAN’ BAGI WANITA

Sebenarnya ada 1 lagi hiasan yang dibenarkan kepada wanita untuk digayakan kepada khalayak, yakni hiasan AKHLAK. Yang saya maksudkan disini ialah dengan memperlihatkan kesopanan anda, keteguhan anda dalam memperjuangkan yang hak bagi syariat Allah serta kepandaian anda dalam berbicara mengikut keadaan dan orang yang anda temui. Bahkan melunakkan suara ini ditegah oleh Allah di dalam surah AL-AHZAB ayat 32

“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu LUNAK DALAM BERBICARA sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.”

Percaya atau tidak, wanita ini adalah 1 sumber dakwah pada masa kini. Mengapa saya mengatakan demikian? Contohnya, seorang wanita mengambil jurusan kejuruteraan tetapi jika dilihat dari zahirnya beliau berpewatakan seperti seorang mahasiswi jurusan syariah. Nah!ini memperlihatkan bahawa sinar Islam telah meresap ke dalam jiwa masyarakat kerana kebiasaannya, mahasiswi yang mengambil jurusan selain jurusan agama tidak mengenakan pakaian yang sepatutnya sperti tudung labuh, handsock, stoking baju yang longgar dan semestinya menutup aurat. Bahkan mereka juga sering mengikuti halaqah dan majlis-majlis ilmu. Subahanallah! Ini akan menimbulkan keinginan juga kepada orang yang melihatnya tetapi keinginan dari sudut yang baik yakni keinginan untuk mengikut gaya hidup sebegitu. Inilah dia sebenarnya kecantikan sejati bagi anda wahai kaum HAWA!.



Akhirul kalam, saya ingin meminta maaf kepada kaum Hawa terutamanya jika persoalan di dalam artikel ini menyinggung hati anda tetapi ingatlah, kembalikan diri anda ke dalam cara hidup Islam yang sebenarnya. Mungkin sesetengah dari pada anda merasakan kurang senang akan artikel ini namun kita harus sedar seperti firman Allah dalam surah AL-BAQARAH ayat 216

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Seringkas yang boleh daripada saya. Teguran dipinta jika terdapat kekhilafan dalam coretan ini. Wallahualam…

0 comments:

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting