Thursday, January 26, 2012

Biarkan Pena Itu Berkata-kata

0


Kian lama. Sangat lama. Pena ini dibiarkan berdiam diri. Ia terdiam seribu bahasa. Namun fitrah sebatang pena, fitrahnya untuk mengukir bicara, menyusun bahasa dan menzahirkan fikir di sebalik zikir.

Dahulunya terlalu banyak alasan yang saya bawa bila diri ini malas ingin menulis, malas ingin menyampaikan apa yang terbuku dalam benak fikiran k

e atas satu coretan maya.

Namun, itu hanya alasan untuk tidak kembali menulis. Saya secara peribadinya, jika saya melihat sesuatu perkara, otak ini ligat berpusing secara s

endiri nya memikirkan tentang perkara itu dari pelbag

ai dimensi dan keadaan. Tetapi, segala apa yang difiki

rkan itu tidak dizahirkan dalam bentuk penulisan seb

agai perkongsian.


Setiap manusia mempunyai sudut pandang yang berbeza. saya juga begitu kerana saya juga seorang manusia. kita berhak berpendapat dan berhujah selagi mana berpijak pada fakta.


Dan dengan kudrat dan kemampuan yang Allah beri ini, insyaAllah medium ini akan saya gunakan kembali untuk berkongsi pendapat, pengalaman sebagai gagasan kepada fikir yang tercorak di atas zikir.

‘sampaikanlah walau SATU ayat’

-Hadis-

Aku Kini Mahasiswa

Setelah hampir setahun lebih jari ini tidak menulis, saya telah melalui norma kehidupan yang baru. Memasuki dimensi yang baru bersama ideologi dan fikrah yang baru. Cuma 1 sahaja yang lama tetapi ia juga baru. Iaitu Aqidah saya masih kekal yang sama. Kalimah tauhid ‘ La ilaha illah’ masih menjadi pautan dan pegangan.

Ya. Kini saya bergelar mahasiswa. Melalui perjalanan di alam Asasi di Pusat Asasi Sains UM membawa saya ke fasa seterusnya. Fasa Mahasiswa. Kuasa Allah, dahulunya hati ini tidak langsung terdetik ingin ke sini,walau secebis, tapi akhirnya, disini jualah saya mengorak langkah sebagai mahasiswa. Bumi Kinanah. Mesir.

"Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman."

Yusuf : 99

Saya kini baru usai peperiksaan akhir semester 1 Fakulti Perubatan Universiti Mansurah. Dan kini memasuki cuti musim sejuk selama hampir 2 minggu. Selama hampir setahun ini, sejak dari coretan terakhir, terlalu banyak perkara yang berlaku di hadapan saya.

Baik terjadi kepada diri sendiri mahupun pada masyarakat sekeliling. Dari kisah seorang anak kecil hinggalah kepada pergolakan politik Malaysia mahupun dunia. Kebanyakannya saya ikuti.

Mazhab ‘Taqlid Buta’

Saya ikuti. Benar. Tetapi saya tidak memegang mazhab ‘taqlid buta’ yang menerima bulat-bulat sesuatu perkara. Yang mana hanya menerima hujah sebelah pihak dan menolak mentah-mentah hujah pihak yang lain. Mahasiswa kah itu? Adakah ini pola pemikiran mahasiswa?

insyaAllah persoalan ini saya akan jawab pada coretan yang berikutnya kerana saya ingin biarkan pena itu berkata-kata.


wallahualam.

0 comments:

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting