Thursday, March 4, 2010

~~~JALAN-JALAN RAYA KOTAKU~~~

6


Salamualaikum warahmatullah…

Dalam mencari apa-apa isu atau perkara untuk jadi sumber coretan di teratak buruk saya ini, saya terpanggil nak cerita 1 simple story @ view saya masa on the way nak balik ke Gombak dari Bandar Tasik Selatan. Kalau duduk kat KL n Selangor ni, kaedah paling senang sekali nak g mane2 is guna LRT. So kisah ni pasal apa yang saya nampak sepanjang dalam LRT STAR dari Bandar Tasik Selatan ke Masjid Jamek n dalam PUTRA LRT ke Gombak.

1st View

Alkisah.. sampai je kat Stesen Bandar Tasik Selatan, saya pon cepat2 la g naik LRT 2. dipendekkan cerita(xkn nk cite tunggu tren 2 n buat ape sambil 2..hehe) saya masuk je dalam tren 2, ade 1 group manusia(laki n perempuan..3 laki n 6 pompuan) tengah berdiri dekat depan saya. Dari segi cara group ni, nampak macam baru balik dari hangout reramai kt shopping complex (maybe) n manusia2 ni rasenye dok tunggu tren sampai destinasi mereka. Tapi kumpulan manusia ni memang menarik minat saya sampai saya dengan penuh peng’cover’an snap 1 gamba mereka. As shown below…


Kalau ditengok dari sudut ketinggian manusia 2 orang ni, agak2nya brapa umur hamba Allah berdua ni??(kalo nk tau tinggi mereka brape..amek pembaris try ukur kt screen komputer anda…skala die 1cm=3inci ek..pas2 convert la dalam meter brape..hehehe). Ni gamba yang lelaki je, yang pompuan xleh nk snap. So biarlah saya describe sikit pasal perempuan2 tersebut. Dari atas, tudung lesap, baju ketat n jenis ranggi yang saya sendiri xtau pe name jenis baju 2(yg sure bukan baju kurung @ jubah la..hehehe) n most of them berseluar ketat n singkat sampai betis. Boleh bygkan x?

2nd View

Next, masa naik PUTRA LRT untuk ke Gombak. Kalau di tengok dari 2 gamba ni, memang xde kepelikkan langsung pada insan2 dalam gamba ni. So, xboleh la nk biarkan gamba2 ni berbicara merungkai madah persoalan. Sebenarnya, gadis berbaju putih yang tengah khusyuk tengok fon dia ni naik tren ngan laki baju hitam(next pic dalam bulat merah) n dari sudut yang saya faham dan yakin, dua orang pelapis bangsa(hopefully brubah la ye) ni bukanlah adik-beradik apetah lagi anak beranak which means mereka berdua adalah pasangan kekasih@teman tapi mesra@kawan rapat@apa2 sahaja istilah yang digunakan untuk menutup istilah bercinta sebelum kawin atau dalam bahasa urdunye(terikut hindustan la ni) COUPLE.

merpati....
gagak,,,,,

Walaupun nampak je diorang dok jauh2 n tak dok rapat2 @ peluk2 spt kapel yang lain, tp hakikatnya, Masa mula2 diorang masuk, diorang dok rapat2 dekat tiang sebelah lelaki 2. Tapi lama2 diorang perasan saya dok perati lama2(sambil lensa kamera(kamera hanset je) menghala kat diorang…hahaha) merpati ngan gagak ni dok meguntai kasih disertai gelak tawa yang menghairahkan (muahhahaha..lebih kurang macam ni la..hehehe). so untuk mengelakkan fitnah(kononnye..hehehe)Then, lama sikit diorang pon dapat seat depan-mendepan(btol ke kate ganda ni…lantak la..hehehe). Kalau duduk dalam tren PUTRA ni, jujur cakap memang boring tahan cipan generasi ke 12 la sebab kita mesti akan dihiburkan dengan bunyi seretan rel yang disebabkan oleh resistance dari frictional force(mcm igt lagi je fizik..hahaha) yang memang merdu dan sayu bunyinya (tp saya xdenga bunyi 2..sebab Maher Zain dok nyanyi dlm telinga ni..hehehe..MP3 le..). So dalam usaha untuk menghilangkan boring n dalam usaha jugak untuk saya mengelakkan diorang jadi mangsa lens hanset saya, merpati n gagak ni main mesej antara mereka. Maka sebab tu la gamba2 seperti diatas ni dihasilkan.

Huraian Sang Pemerhati

1st View = Kumpulan Manusia

Sebelum jauh coretan ini menari di kekunci laptop ini, ingin saya menspecifikkan sedikit perihal kumpulan ini. Sebenarnya pada sudut zahirnya, mereka adalah kumpulan yang paling layak di’title’kan kanak2 kerana semuanya berumur di antara 10-13 tahun! Dan tidak mungkin untuk mengatakan mereka ini sebaya dengan saya atau jauh lebih tua dari saya. Namun, agak terkilan saya melihat attire mereka sebab melebihi pakaian seorang remaja yang berjenis sukakan hangout etc. bahkan rakan-rakan saya (terutama wanita) tidak pernah berpakaian sedemikian. Bahasa2 yang mereka tuturkan juga kurang enak melalui cuping telinga ini

Sebagai salah seorang daripada manusia2 yang dilabelkan sebagai pewaris bangsa dan benteng terakhir ummah, saya cukup sedih melihat mereka. Apakah yang akan terjadi kepada kanak-kanak ini kelak jika mereka tidak dibetulkan dan diterapkan dengan norma Islam yang sebenar?? Anda sendiri tahu akibatnya. Untuk mendapatkan buluh yang cantik, diusia rebung lagi ia perlu dilentur. Tetapi hakikatnya pada kanak-kanak ini,mereka memang dilenturkan dari rebung, tapi lenturan itu menjadikan ia bertambah buruk. Anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan corak yang cantik yang disertakan dengan corak-corak Islam, teladan yang baik serta pengenalan wajah2 para pejuang dan tokoh2 Islam dalam jiwa mereka. Semestinya ibu bapa yang menentukannya hala tuju hidup kanak2 ini pada usia sebegini. Ibu bapa jugalah yang menentukan sama ada Nasrani@Majusi@Yahudi seorang anak itu seperti yang tercoret di dalam Al-Quran.


Tidak perlu jauh melihat di dalam coretan sejarah perihal pemuda-pemuda dan remaja-remaja Islam yang boleh dijadikan qudwah bagi anak-anak ini. Lihat sahaja kepada kanak-kanak pertama yang juga Ahli Keluarga Rasulullah SAW, Ali Bin Abi Talib R.a. Ali R.a memeluk Islam pada usia seawal 10tahun(kalau x silap saya) dan beliau merupakan seorang pemuda yang cukup cemerlang dalam segala aspek terutama dalam ilmu hinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda perihal Ali R.a, ” jika aku adalah gudang ilmu, maka Ali adalah pintunya”. Begitu cemerlangnya seorang remaja sperti Ali R.a. Bahkan jika dilihat dari coretan sejarah tokoh-tokoh Islam lain yang hebat seperti Imam Syafie, Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Bukhari, Ibnu Sina dan ramai lagi tokoh yang pada usia sebaya kanak-kanak di atas sudah menghafaz Al-Quran dan mempelajari ilmu2 yang sangat dituntut dalam kehidupan kita. Contohilah mereka. Jika sukar untuk mencontohi dari cerita tokoh2 ini dari lisan manusia, contohilah remaja2 zaman sekarang seperti adik Muhammad Ahmad Zahid yang menhafal Al-Quran pada usia seawal 12 tahun dan juga rajin menelaah kitab2 arab! Subhanallah! Pada usia yang sama dengan kanak2 di dalam gambar tersebut, beliau sudah mampu menhafal 30 juzuk Al-Quran!


2nd View = Merpati dan Gagak

Saya tidak ingin menghuraikan dengan panjang soal ini kerana sudah terang xperlu disuluh-suluh lagi apa yang menjadi masalah dan persoalan disini. Tahniah juga diucapkan kepada mereka kerana telah memenuhi impian sang Yahudi laknatullah dalam impian merosakkan Muslim dengan serangan pemikiran mereka. Inilah hakikat yang sebenarnya terjadi dalam masyarakat sekarang. Pendedahan kearah ini sudah jauh diterapkan dalam sanubari kita hingga merasakan COUPLE ini dibolehkan Golongan2 yang terjebak dengan jerat cinta inilah jugalah yang menjadi dalang kepada pembuangan zuriat yang tidak berdosa ke longkang2, tong2 sampah malahan lebih teruk lagi dibakar janin tersebut seperti yang berlaku di Kelantan baru2 ini.

Bila berbicara soal buang bayi ini, saya teringat satu peristiwa yang saya lihat dengan mata kasar saya sendiri di Surau As-Syakirin, SBPI Gopeng pada waktu malam(secara ringkas). Ada seekor ibu kucing yang kematian 3 ekor anaknya di surau tersebut. Apa yang saya lihat, kasihnya kucing tersebut pada anak2nya. Kami mengekorinya ke tempat dia meletakkan bangkai anak2nya. Sebelum dibawanya ke sana, si ibu ini menjilat2 tubuh anaknya dan mengharungi 1 perjalanan yang panjang untuk meletakkan anaknya ke tempat yang selamat. Ada 1 ketika, di saat dia terjatuh anaknya dari gonggongan giginya, dia mengusap-usap anaknya. Dan pada raut wajah kucing tersebut jelas terpancar kesedihan dalam dirinya. Fikir-fikirkan…


Apa Nak Jadi??

Pada realitinya dalam kedua-dua view saya pada hari Ahad tersebut, jelas dilihat sang Yahudi dan konco2nya telah memenangi peperangan halus ini. Peperangan tanpa dibalas serangannya. Tapi serangan ini sebenarnya sudah pun dikenal pasti dan tentera Islam yang mengenal pastinya sedang cuba untuk merawat tentera2 yang ‘cedera’ dalam serangan halus ini melalui banyak kaedah seperti berusrah,menulis artikel dan semestinya blogging. Mereka yang ‘cedera’ ini sebenarnya tidak ‘cedera’ fizikal, tetapi ‘Cedera’ iman dan minda mereka. Cara paling mudah untuk memecahkan sebiji tembikai ialah dengan membuang isinya tanpa dibuang kulitnya. Memang sukar untuk melakukannya dan mengambil masa yang lama tapi ia tidak mustahil. Samalah juga dengan keadaan kita sekarang. Tentera2 Iblis ini merosakkan bahagian dalam benteng ummah kita dengan perlahan-lahan iaitu dengan menyebarkan propaganda Al-Wahn(cintakan dunia&takutkan mati) kedalam masyarakat dan kelak dengan mudah kita dikalahkan. Sedarlah wahai golongan Syabab! Kita adalah harapan Umat Islam!



Wallahualam…

6 comments:

Norashikin Abdullah said...

haa ske2, gaya bru tulis ni, lebih snati..hui dsyat ko mcm paparazzi dah..main snap pic2 org..haha

Hud Azzaki Bin Zainal said...

tengkiu2...no pon sume idea hg soh wat camni....thanks 2 u...jazakallah wa shafakallah...huhuhu...snap utk blog xpe...kerajaan haruskan..hehhe

Mohammad Aiman said...

hud..
bagus ko wat camni..
aku paham niat ko..

tapi, pendapat aku..
at least, bile ko wat camni..
ko censored skit muke dorg..
aku paham niat ko baik..
namun, niat x menghalalkan care..

aku tau ko nak citer masyarakat zaman skrg camne,,
tapi, jgn lah sampai membuka aib seseorang..

ko xde hak untuk wat tuh.. tapi, ko bley citer pengalaman ko.
at least, kalo ko nak letak gamba, ko censored kan bahagian muka
biar org xtau camne muka dorg..

macam mane kalo org yg kene amik gamba nih, terperasan blog ko nih?
sudah tentu ,marah kan?

jadi, dakwah tu xde masuk sgt dalam pale otak dorg..

ko hanya tonjolkan behavious cukup..
jgn tonjolkan identiti sape2..
aib tu.

(sori kalo marah aku ek? aku hanye berkate2 yg benar,, trust me.. pengalaman aku)

C said...

opss.. sorry mr. hud.. it's too hard for me replying ur comment in the shoutbox.

First of all, thank you for ur explanation about the hijab.

Regarding to surah an-nur verse 31:

"And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts, and not to display their adornment except what is apparent of it, and to extend their headcoverings (khimars) to cover their bosoms (jaybs), and not to display their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or what their right hands rule (slaves), or the followers from the men who do not feel sexual desire, or the small children to whom the nakedness of women is not apparent, and not to strike their feet (on the ground) so as to make known what they hide of their adornments. And turn in repentance to Allah together, O you the faithful, in order that you are successful"


sadaqallahhul 'azim..

first- i'm not sure whether u know what is tudung bawal or tudung bidang 60 inch or even variety of tudung labuh..

2nd- u pointing straight to that particular ads. What i'm trying to tell u is in general overview. Without pointing or saying towards any particular people or organisation.

3rd- well..u might feel offended with my comment but it jz spilt of my thoughts and something that we can think and share together. thats how we gained knowledge and spread islam right?

@let me continue this is malay..

"nowadays..some of them..wearig hijab bcos of fesyen." hud azzaki

"esyen is not a TAJDID in islam..please check first b4 coment...make it clear first..wallahualam..." hud azzaki

ok.. this 2 comment really caught m interest.

u're saying that nowadays, people wearing tudung due to fashion or trend.

well.. can u explain elaborate more specifically on that?

plz mr. hud azzaki. tolong jgn meng-jumudkan Islam..

innallaha jamal wa yuhibbu jamal.

i wonder if ur mother and sisters only wear black tudung in their whole life?

u should consider back ur definition of tajdid.

remember al-urfu wal a'dah that we learnt in PSI during form 4?

it's about adat dan budaya.

as we all know,klantanese folks usually wear lots of barang kemas on their hands.. (same as what we can see in mami jarum) but then, have u ever heard tok guru saying it's haram to wear barang kemas? no right? bcoz it's become the adat in that area. Not forgetting about women's nature that usually fall in love with emas, perhiasan, or even nice coloured tudung!

any type of tudung is acceptable selagi selari dengan kehendak syarak which strictly said that the hijab shouldn't be transparent, mndatangkan fitnah, mngikut bentuk badan, melepasi paras dada.. etc..etc..

tudung utk berfesyen..

mr. hud..

u're talking about women!!

women~

Islam DO ALLOW WOMEN TO BE FASHIONABLE as long mengikut kehendak syarak.


perempuan..

their nature including:

sukakan kecantikan
sukakan kepelbagaian
sukakan keunikkan

thats why u can see ur mother and sister has lots of tudung collection in their drawer/s.

don;t tell me that ur mother only has 3 pairs of tudung?

wait.. 3 is already jama' right..


oh.. byknye koleksi tudung.. berjenis2 plak tu.. xboleh2.. tabarruj!

it i take ur definition of tabarruj.. maknenye.. tudung berwarna-warni pon xboleh...

ish3x..

u know what..

islam xpernah menyempitkan pemikiran umat die..

C said...

islam is a way of life.

islam is beautiful..

klo dlm dakwah sekalipun.

ape akan terjadi klo mr. hud say to the public that shawl is tabarruj..

pkai tudung brooch besar.. tabarruj..

pkai tudung stail kupu2.. tabarruj..

don;t u think that org2 yg pkai tudung tu rse.. baik ak xpayah pkai tudung since pkai tudung pon tabarruj?

matlamat dakwah xtersampai.

u should tarik org dlm islam..

bukan menyebabkan org lari dri islam..


sy xckp awak salah..

cume.. u need to see things in bigger picture...


sorry if u felt offended with my comment or what.. skadar perkongsian ilmu.. plz correct me if i'm wrong.. wallahu'alam..

Hud Azzaki Bin Zainal said...

beginilah en/cik crazerx..
saya xnk menghurai pnjang sbb risau kalo2 bla kta bercggah pndpt ni nanti ada drpd kta(anda@sya sndiri) tmbl prasaan xpuas hati etc....lgpon...slh 1 drpda wasiat hassan al-banna ialah..jgn kta berdebat sesama muslim...ia akan menimbulkan pecah blah....
anda n sya btol krana kta berdua bercggah pndpt berdasarkan ilmu masing2....
al-khilaf huwa rahmah,rite??....

atas sbb itu...sya xakan menjlaskan dgn onjg soal ini...
skdr rgkas shaja n slbhnya t'pulang pada benak saudara/i utk memahaminya...

begini,dlm ayat i2 ada mnyebut supaya melabuhkan tdg keparas dada...
n pada hakiktnya,shawl x labuh ke paras dada...n jka ia labuh ke paras dada,ia ttp menampakkan bntuk dada t'sebut..
jadi atas sebb apa ia dijadikan tdg sdgkan shawl ni xmenepati ayt tersebut???adakah untuk berhias???
mcm yg saudaara tlis,wanita ni mmg obses kpd kecantikan,perhiasan, etc...
tdak salah jika mereka ingn berhias...asalkn menepati syara' n menutup aurat serta x menampakkn bntuk tubuh...ini la 'jamal' yg Allah sukakan...boleh shja memakai tdg labuh yg berwarna warni...asalkan xmenampakkan bntuk tbh dgn jlas...yg sya ktakan shawl ini tabarruj krana ia berhias dgn xtpat...sya xkta ia tabrruj krana warna-warni...boleh shja jika nk diwarkan...asalkan ia labuh,tebal n xnmpk bntuk tubuh....
dan mmg skrg ini KEBANYAKAN(bkn semua) pakai tdg sbb ia nmpak cntik bkn kran memenuhi tuntutan...sbb inilah rmai dikalangan mereka yg bertudung t'jebak dgn zina etc...sbb tdg i2 yg pada dasarnya sbg pelindung diri dari maksiat(tuntutan syara diwajibkan adalah sbg pelindun maruah manusia) bkn utk perhiasan diri@utk nmpak cntik....
n 1 lg...sya xmenjumudkan islam...ttpi tajdid perlu dijlnkan tanpa bercanggah dgn al-quran n hadis...kalau ia 1 pembaharuan tetapi xttp dgn ape yg ade dlm al-Quran..i bkn 1 pembaharuan...tp sbb additional 2 islam...tuntutan syara dilakukan atas kesedaran...bkn taqlid@ suka2...haraf maaf jika terkasar bahasa...mmg bleh kta ikut adat...tp kalo adat i2 mendedah kan aurat..meggambrkan keangkuhan...xperlu diikut....n 'uruf adat ni ade ulama 4 mazhab yg xterima...wallahualam

 
Design by ThemeShift | Bloggerized by Lasantha - Free Blogger Templates | Best Web Hosting