menjadi saksi 1001 cerita duka dan lara
hanya mata,hati dan rasa mampu merakam segalanya
biarkan ia terpalit menjadi memori
menjadi pemacu perjalanan seorang manusia
Menzahir ibrah dari sebuah perjalanan
Baru-baru ini saya menghadiri 1 kem anjuran PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) bertajuk LIFE(Love Islam For Eternity) bertemakan Reviving The Islamic Spirit. Program ini cukup-cukup menarik dan bermakna terutamanya bila melihat pengorbanan para senior untuk menyediakan segala kemudahan bagi kami. Semoga Allah memberkati usaha mereka.
Dalam program itu, ada satu aktiviti dijalankan. Aktiviti yang pada saya membuka minda para anak muda a.k.a MAHASISWA. Di dalam aktiviti itu, kami diminta untuk menyebut nama-nama tokoh yang kami kagumi. Dalam ramai-ramai nama tokoh yang disebutkan itu, kami perlu memilih 1 tokoh yang secara demokrasinya menerima tokoh itu sebagai teladan yang terbaik bagi kami selepas Nabi Muhammad SAW. Tetapi tidak bermakna tokoh-tokoh lain kami benci, cuma memilih pada dasaran majoriti.
Memilih Anak MudaAnak Muda
Apa yang membuat saya tertarik dan berfikir jauh ialah, majoriti daripada kami memilih Sultan Muhammad bin Murad Al Fateh, penakluk kota Konstantinopel pada usia 21 tahun! Dan majoriti daripada kami adalah berusia dalam lingkungan 19-22 tahun, iaitu umur dimana Al Fateh memulakan siri penaklukan.
Bila berbicara soal Al Fateh, kita tidak boleh lari dari bercakap soal anak muda dan ideologinya. Bagaimana seorang pemuda seusia mahasiswa tahun 2 di Malaysia mampu merobohkan kekebalan tembok Konstantinopel yang mana sebelum ini ramai pemimpin Islam cuba untuk menawannya namun gagal selama hampir 800 tahun.
Kuasa Allah begitu cantik, hikmah KekasihNya begitu menarik. Jika dikaji semula, kesemua pemimpin Islam yang cuba menawan Kota itu adalah dalam kalangan orang yang sudah berumur dan bukannya anak muda. Saidina Ali, Sultan Murad III dan sebagainya. Tetapi, begitu jelas Allah ingin tonjolkan kepada kita betapa ideologi seorang anak muda(jika kita pada masa ini adalah mahasiswa) mampu mengubah paradigma dunia degna berideologikan ilmu dan islam.
Kuasa Anak Muda a.k.a Mahasiswa
Anak muda berdarah yang hangat dan bersemangat. Darahnya menggelegak dengan hebat untuk mencari kuasa perubahan. Ramai tokoh-tokoh dunia yang hebat diusia mudanya.
Jangan dilupa pada Saidina Ali R.a yang mampu menewaskan ramai panglima perang Quraisy dalam usia seawall 15 tahun,
Jangan dilupa pada Saidina Abu Ubaidah Al Jarrah R.a yang menjadi salah seorang panglima perang Islam terhebat di dalam dunia Islam.
Jangan dilupa pada Imam As syafie yang cekal dan hebat dalam menuntut ilmu ketika muda sehingga layak mengeluarkan fatwa seawal usia 15tahun.
Jangan dilupa pada Panglima Thariq Bin Ziyad yang menjadi panglima pada umur 18 tahun dan Berjaya menawan kota Andalus
Pada pespektif tokoh bukan islam pula, jangan dilupa Mark Zuckerberg yang mampu mencipta Facebook seawal usia 20-an.
Dan jangan dilupa pada apa yang terjadi di Mesir. Revolusi 25 Januari menjadi bukti kuasa anak muda di mana ia dipelopori oleh anak muda. 4juta rakyat Mesir yang berada di Dataran Tahrir kebanyakannya adalah anak muda.
Terlalu banyak tokoh-tokoh dunia yang hebat di usia mudanya.
Saya pernah mendengar 1 hadis berkenaan pemuda yang matannya lebih kurang begini:
‘ Golongan muda yang membantu aku ketika menjalankan dakwah dan golongan tua yang menentangku’
Mohon sesiapa yang tahu hadis ini secara lengkap untuk khabarkan kepada saya baik di Facebook mahupun diruangan komen.
Dunia Si Pengecut
Mengapa dunia kini cuba untuk menolak gerakan ideologi anak-anak muda? Dengan serangan pemikiran terhadap golongan mahasiswa Islam, menolak mentah-mentah ideologi mereka, dengan AUKU yang tidak relevan, menolak kebebasan mahasiswa untuk bersuara, mengenepikan ideologi dan cadangan dari mahasiswa. Mengapa semua ini berlaku?
jawapannya dunia takut dengan kuasa anak muda...takut dengan kehebatan pemikiran dan semangat mereka....dan siapakah anak muda itu?
Kembalikan kekuatan anak muda itu dalam diri kita, kerana kita adalah golongan peringkat umur manusia yang cukup Nabi SAW sayangi. Kerana kita adalah anak muda a.k.a mahasiswa!
wallahualam
Namun, itu hanya alasan untuk tidak kembali menulis. Saya secara peribadinya, jika saya melihat sesuatu perkara, otak ini ligat berpusing secara s
endiri nya memikirkan tentang perkara itu dari pelbag
ai dimensi dan keadaan. Tetapi, segala apa yang difiki
rkan itu tidak dizahirkan dalam bentuk penulisan seb
agai perkongsian.
Setiap manusia mempunyai sudut pandang yang berbeza. saya juga begitu kerana saya juga seorang manusia. kita berhak berpendapat dan berhujah selagi mana berpijak pada fakta.
Dan dengan kudrat dan kemampuan yang Allah beri ini, insyaAllah medium ini akan saya gunakan kembali untuk berkongsi pendapat, pengalaman sebagai gagasan kepada fikir yang tercorak di atas zikir.
‘sampaikanlah walau SATU ayat’
-Hadis-
Aku Kini Mahasiswa
Setelah hampir setahun lebih jari ini tidak menulis, saya telah melalui norma kehidupan yang baru. Memasuki dimensi yang baru bersama ideologi dan fikrah yang baru. Cuma 1 sahaja yang lama tetapi ia juga baru. Iaitu Aqidah saya masih kekal yang sama. Kalimah tauhid ‘ La ilaha illah’ masih menjadi pautan dan pegangan.
Ya. Kini saya bergelar mahasiswa. Melalui perjalanan di alam Asasi di Pusat Asasi Sains UM membawa saya ke fasa seterusnya. Fasa Mahasiswa. Kuasa Allah, dahulunya hati ini tidak langsung terdetik ingin ke sini,walau secebis, tapi akhirnya, disini jualah saya mengorak langkah sebagai mahasiswa. Bumi Kinanah. Mesir.
"Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman."
Yusuf : 99
Saya kini baru usai peperiksaan akhir semester 1 Fakulti Perubatan Universiti Mansurah. Dan kini memasuki cuti musim sejuk selama hampir 2 minggu. Selama hampir setahun ini, sejak dari coretan terakhir, terlalu banyak perkara yang berlaku di hadapan saya.
Baik terjadi kepada diri sendiri mahupun pada masyarakat sekeliling. Dari kisah seorang anak kecil hinggalah kepada pergolakan politik Malaysia mahupun dunia. Kebanyakannya saya ikuti.
Mazhab ‘Taqlid Buta’
Saya ikuti. Benar. Tetapi saya tidak memegang mazhab ‘taqlid buta’ yang menerima bulat-bulat sesuatu perkara. Yang mana hanya menerima hujah sebelah pihak dan menolak mentah-mentah hujah pihak yang lain. Mahasiswa kah itu? Adakah ini pola pemikiran mahasiswa?
insyaAllah persoalan ini saya akan jawab pada coretan yang berikutnya kerana saya ingin biarkan pena itu berkata-kata.
wallahualam.