Thursday, December 27, 2012
Aku, Dia dan Mereka
0Tuesday, February 7, 2012
Akhirnya Ku Temui Musa
0
Pandangan dilepaskan ke luar. Hamparan padang pasir memenuhi ruangan luar tingkap bas pelancongan kami. Padang pasir yang bagai tiada penghujung. Sesekali kelihatan beberapa orang pemuda arab bersama untanya merentasi padang pasir. Perjalanan dari Mansurah ke Semenanjung Sinai tidaklah begitu sukar tetapi ia mengambil masa hampir 8 jam perjalanan.
Dalam perjalanan yang begitu lama itu, sempat saya membelek helaian naskhah Al Quran. Dalam asyik menelusuri bait-bait indah di dalam mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW itu, sebuah ayat lalu dihadapan lirikan mata saya.
Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa?
Taha:9
Perjalanan Mencari Musa
Perjalanan ku mencari Musa kini telah bermula. Segalanya termaktub di dalam Al Quran. Banyak. Sangat banyak kisah Musa A.S terpalit di dada kitab suci itu. Lamunan terhenti bila bas yang membawa kami berhenti di sebuah kawasan yang dikelilingi gunung-gunung batu. Akhirnya kami tiba di pergunungan Tursina yang terletak dalam kawasan Segitiga Sinai atau Semenanjung Sinai.
Semenanjung Sinai menjadi saksi kepada sejarah dunia yang tercipta. Disini terdapat banyak sejarah manusia yang hebat terjadi. Kisah yang paling utama ialah kisah perjalanan Nabi Musa A.S.
Di semenanjung Sinai ini terdapat Gunung Tursina yang mana dikatakan sebagai tempat Nabi Musa A.S menerima Taurat dan Banjaran Tih dimana kawasan kaum yahudi disesatkan oleh Allah SWT kerana keengganan mereka untuk masuk ke BaitulMaqdis.
Kronologi perjalanan Nabi Musa bermula dari kerajaan Firaun di Giza, Kaherah merentasi Laut Merah, melalui lembah Tuwa dimana mukjizat pertama diterima Nabi Musa (ada 2 pendapat mengatakan ia di Uyun Musa dan pendapat lain di Wadi Arbain, berdekatan Mata Air 12) kemudian ke gunung Tursina di mana tempat Nabi Musa bermunajat kepada Allah dan menerima Taurat.
Sebenarnya terdapat khilaf pendapat berkenaan tempat letaknya gunung Tursina yang di sebutkan di dalam Al Quran dan Bible ini sama ada di Mesir atau Arab Saudi. Saya bertanyakan soal ini kepada beberapa orang dan tertarik dengan kata-kata mantan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah(PCM), Saudara Azizi Jusoh bila saya bertanyakan soal ini. Katanya
“tidak menjadi isu yang besar dimana terletaknya Gunung Tursina itu, tetapi ibrah(pengajaran) dari perjalanan Nabi Musa itu yang lebih diutamakan”
Mata Air 12
Usai solat jamak di masjid berhampiran, kami memulakan perjalanan menjejaki mata air 12. Mata air 12 ini terletak di sebelah kanan gunung Tursina. Sambil kaki melangkah melalui jalanan berbatu ke mata air 12 ini, otak ini ligat mengingati surah yang menceritakan kisah ini. Dan kisah ini termaktub di dalam surah Al A’raf ayat 160.
Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!." Maka memancarlah dari padanya duabelas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami berfirman): "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu." Mereka tidak menganiaya Kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri.
Al A’raf:160
Kekuatan dan Kelemahan Musuh
Selepas dibantu oleh Allah untuk menyelamatkan diri dari cengkaman Firaun, diberi makanan dari langit berupa manna dan salwa (sejenis manisan dan daging burung),diberi minum oleh Allah, diberi kemuliaan kepada kaum mereka, tetapi mereka tetap degil dan ingkar akan suruhan Allah hingga menjadi kaum yang dilaknat oleh Allah SWT.
Dalam sebuah peperangan, untuk kita menewaskan musuh, kita perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka. Jika dilihat, banyak sifat dan perangai orang yahudi Allah rakamkan di dalam Al Quran.
Segala kekuatan dan kelemahan mereka Allah zahirkan dengan jelas di dalam Al Quran. hanya tinggal kita sahaja yang menggerakkan tenaga kerja untuk menetang Yahudi ini yang terlalu banyak membuat penindasan kepada umat islam kini.
“sekarang jam menunjukkan 1 pagi. InsyaAllah kita akan mula mendaki Gunung Tursina ini pada jam 2 pagi” saudara Imran Jaamat, pengarah jaulah Sinai 12 kami memberi sedikit taklimat di samping cerita perjalanan Nabi Musa A.S menerima Taurat di puncak gunung ini.
Puncak Tursina
Perjalanan kami mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke puncak. Laluan pendakian yang landai di 3/4 laluan pendakian memberi kami kemampuan untuk tiba ke puncak dengan mudah walaupun pada pengakhiran laluan terdapat tangga batu yang curam sejauh 1km. Alhamdulillah kesemua peserta rombongan tiba ke puncak pada jam 6.10pagi. tepat pada masa terbitnya sang mentari pagi.
Subahanallah. Sungguh cantik ciptaan dan tarbiah Allah. Bagaimana cantiknya ciptaan,lebih cantik lagi Penciptanya. Pemandangan di puncak gunung Tursina sangat indah dengan susunan bukit-bukit batu di sekitarnya,deselangi cahaya mentari pagi di samping kepingan salji yang bertaburan dan kesejukan yang mencapai suhu 2ᴼC menjadi pelengkap pemandangan di puncak Tursina.
Permandangan sekitar puncak Tursina
Di puncak Tursina, terdapat 2 buah bangunan iaitu sebuah gereja di sebelah kiri dan masjid kecil disebelah kanan. Dan di sebelah kiri masjid itu terdapat sebuah ruangan bawah tanah berpagar yang mana tempat itu dikatakan sebagai tempat Nabi Musa A.S bermunajat kepada Allah selama 40 hari.
Dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya yaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan."
Al A’raf:142
Setelah hampir sejam kami berada di puncak, perjalanan diteruskan untuk turun kembali ke bawah. Perjalanan ini melalui perkampungan Nabi Ilyas di pertengahan gunung TursinaLaluan yang kami turuni itu sangat curam dan dipenuhi dengan batu-batu besar. Peluh membasahi diri walaupun kawasan pergunungan itu sejuk dan berangin.
Laluan Musa
Separuh perjalanan melalui Laluan Musa(bintik-bintik hitam adalah para pendaki yang sedang menuruni gunung ini)
Laluan yang kami lalui untuk turun itu dikatakan sebagai laluan Nabi Musa. Dimana Nabi Musa melalui laluan itu untuk naik ke puncak Tursina. Tarbiah Allah kepada seorang Nabi.
Cuba bayangkan bagaimana seorang manusia bersendirian menaiki gunung itu semata-mata untuk menurut perintah Allah. Jika kita disuruh Allah untuk berbuat sedemikian,dengan pendakian yang begitu curam dan berbatu licin,kemudian disuruh pula tinggal selama 40 hari dipuncak itu, sanggupkah kita? Lihat begitu tinggi dan hebatnya iman seorang Nabi Allah Musa A.S.
Kembara kami masih belum berakhir. Setelah menuruni gunung Tursina, Maqam Nabi Harun A.S, saudara Nabi Musa A.S dikunjungi. Berhadapan dengan maqam itu terdapat sebuah ukiran batu yang berbentuk anak lembu di dinding gunung.
Ukiran itu dikatakan kesan tinggalan lembu Samiri yang menjadi sembahan sebahagian kaum yahudi selama peninggalan Nabi Musa seperti mana yang disebut di dalam Al Quran pada Surah Al A’raf ayat 148
Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (emas) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim.
Al A’raf:148
Akhirnya Ku temui Musa
Perjalanan ini membawa 1001 persoalan. Mampukah diri ini untuk menegakkan agama Allah sekuat kekuatan iman para Nabi Allah yang terdahulu? Mampukah diri ini menentang kezaliman Yahudi Laknatullah yang Allah telah beri hint untuk menentang mereka? Seteguh inikah diri untuk menuruti perintah dan larangan Allah
Ibrah dari perjalanan Musa bersama kaum yahudi memberi kekuatan untuk menentang kezaliman yahudi dan menegakkan agama Allah. Akhirnya ku temui Musa!
Wallahualam
Monday, January 30, 2012
1 Gambar 1000 Cerita
0
menjadi saksi 1001 cerita duka dan lara
hanya mata,hati dan rasa mampu merakam segalanya
biarkan ia terpalit menjadi memori
menjadi pemacu perjalanan seorang manusia
Sunday, January 29, 2012
Mencari Seorang Al Fateh
3
Baru-baru ini saya menghadiri 1 kem anjuran PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) bertajuk LIFE(Love Islam For Eternity) bertemakan Reviving The Islamic Spirit. Program ini cukup-cukup menarik dan bermakna terutamanya bila melihat pengorbanan para senior untuk menyediakan segala kemudahan bagi kami. Semoga Allah memberkati usaha mereka.
Dalam program itu, ada satu aktiviti dijalankan. Aktiviti yang pada saya membuka minda para anak muda a.k.a MAHASISWA. Di dalam aktiviti itu, kami diminta untuk menyebut nama-nama tokoh yang kami kagumi. Dalam ramai-ramai nama tokoh yang disebutkan itu, kami perlu memilih 1 tokoh yang secara demokrasinya menerima tokoh itu sebagai teladan yang terbaik bagi kami selepas Nabi Muhammad SAW. Tetapi tidak bermakna tokoh-tokoh lain kami benci, cuma memilih pada dasaran majoriti.
Memilih Anak MudaAnak Muda
Apa yang membuat saya tertarik dan berfikir jauh ialah, majoriti daripada kami memilih Sultan Muhammad bin Murad Al Fateh, penakluk kota Konstantinopel pada usia 21 tahun! Dan majoriti daripada kami adalah berusia dalam lingkungan 19-22 tahun, iaitu umur dimana Al Fateh memulakan siri penaklukan.
Bila berbicara soal Al Fateh, kita tidak boleh lari dari bercakap soal anak muda dan ideologinya. Bagaimana seorang pemuda seusia mahasiswa tahun 2 di Malaysia mampu merobohkan kekebalan tembok Konstantinopel yang mana sebelum ini ramai pemimpin Islam cuba untuk menawannya namun gagal selama hampir 800 tahun.
Kuasa Allah begitu cantik, hikmah KekasihNya begitu menarik. Jika dikaji semula, kesemua pemimpin Islam yang cuba menawan Kota itu adalah dalam kalangan orang yang sudah berumur dan bukannya anak muda. Saidina Ali, Sultan Murad III dan sebagainya. Tetapi, begitu jelas Allah ingin tonjolkan kepada kita betapa ideologi seorang anak muda(jika kita pada masa ini adalah mahasiswa) mampu mengubah paradigma dunia degna berideologikan ilmu dan islam.
Kuasa Anak Muda a.k.a Mahasiswa
Anak muda berdarah yang hangat dan bersemangat. Darahnya menggelegak dengan hebat untuk mencari kuasa perubahan. Ramai tokoh-tokoh dunia yang hebat diusia mudanya.
Jangan dilupa pada Saidina Ali R.a yang mampu menewaskan ramai panglima perang Quraisy dalam usia seawall 15 tahun,
Jangan dilupa pada Saidina Abu Ubaidah Al Jarrah R.a yang menjadi salah seorang panglima perang Islam terhebat di dalam dunia Islam.
Jangan dilupa pada Imam As syafie yang cekal dan hebat dalam menuntut ilmu ketika muda sehingga layak mengeluarkan fatwa seawal usia 15tahun.
Jangan dilupa pada Panglima Thariq Bin Ziyad yang menjadi panglima pada umur 18 tahun dan Berjaya menawan kota Andalus
Pada pespektif tokoh bukan islam pula, jangan dilupa Mark Zuckerberg yang mampu mencipta Facebook seawal usia 20-an.
Dan jangan dilupa pada apa yang terjadi di Mesir. Revolusi 25 Januari menjadi bukti kuasa anak muda di mana ia dipelopori oleh anak muda. 4juta rakyat Mesir yang berada di Dataran Tahrir kebanyakannya adalah anak muda.
Terlalu banyak tokoh-tokoh dunia yang hebat di usia mudanya.
Saya pernah mendengar 1 hadis berkenaan pemuda yang matannya lebih kurang begini:
‘ Golongan muda yang membantu aku ketika menjalankan dakwah dan golongan tua yang menentangku’
Mohon sesiapa yang tahu hadis ini secara lengkap untuk khabarkan kepada saya baik di Facebook mahupun diruangan komen.
Dunia Si Pengecut
Mengapa dunia kini cuba untuk menolak gerakan ideologi anak-anak muda? Dengan serangan pemikiran terhadap golongan mahasiswa Islam, menolak mentah-mentah ideologi mereka, dengan AUKU yang tidak relevan, menolak kebebasan mahasiswa untuk bersuara, mengenepikan ideologi dan cadangan dari mahasiswa. Mengapa semua ini berlaku?
jawapannya dunia takut dengan kuasa anak muda...takut dengan kehebatan pemikiran dan semangat mereka....dan siapakah anak muda itu?
Kembalikan kekuatan anak muda itu dalam diri kita, kerana kita adalah golongan peringkat umur manusia yang cukup Nabi SAW sayangi. Kerana kita adalah anak muda a.k.a mahasiswa!
wallahualam
Thursday, January 26, 2012
Biarkan Pena Itu Berkata-kata
0
Namun, itu hanya alasan untuk tidak kembali menulis. Saya secara peribadinya, jika saya melihat sesuatu perkara, otak ini ligat berpusing secara s
endiri nya memikirkan tentang perkara itu dari pelbag
ai dimensi dan keadaan. Tetapi, segala apa yang difiki
rkan itu tidak dizahirkan dalam bentuk penulisan seb
agai perkongsian.
Setiap manusia mempunyai sudut pandang yang berbeza. saya juga begitu kerana saya juga seorang manusia. kita berhak berpendapat dan berhujah selagi mana berpijak pada fakta.
Dan dengan kudrat dan kemampuan yang Allah beri ini, insyaAllah medium ini akan saya gunakan kembali untuk berkongsi pendapat, pengalaman sebagai gagasan kepada fikir yang tercorak di atas zikir.
‘sampaikanlah walau SATU ayat’
-Hadis-
Aku Kini Mahasiswa
Setelah hampir setahun lebih jari ini tidak menulis, saya telah melalui norma kehidupan yang baru. Memasuki dimensi yang baru bersama ideologi dan fikrah yang baru. Cuma 1 sahaja yang lama tetapi ia juga baru. Iaitu Aqidah saya masih kekal yang sama. Kalimah tauhid ‘ La ilaha illah’ masih menjadi pautan dan pegangan.
Ya. Kini saya bergelar mahasiswa. Melalui perjalanan di alam Asasi di Pusat Asasi Sains UM membawa saya ke fasa seterusnya. Fasa Mahasiswa. Kuasa Allah, dahulunya hati ini tidak langsung terdetik ingin ke sini,walau secebis, tapi akhirnya, disini jualah saya mengorak langkah sebagai mahasiswa. Bumi Kinanah. Mesir.
"Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman."
Yusuf : 99
Saya kini baru usai peperiksaan akhir semester 1 Fakulti Perubatan Universiti Mansurah. Dan kini memasuki cuti musim sejuk selama hampir 2 minggu. Selama hampir setahun ini, sejak dari coretan terakhir, terlalu banyak perkara yang berlaku di hadapan saya.
Baik terjadi kepada diri sendiri mahupun pada masyarakat sekeliling. Dari kisah seorang anak kecil hinggalah kepada pergolakan politik Malaysia mahupun dunia. Kebanyakannya saya ikuti.
Mazhab ‘Taqlid Buta’
Saya ikuti. Benar. Tetapi saya tidak memegang mazhab ‘taqlid buta’ yang menerima bulat-bulat sesuatu perkara. Yang mana hanya menerima hujah sebelah pihak dan menolak mentah-mentah hujah pihak yang lain. Mahasiswa kah itu? Adakah ini pola pemikiran mahasiswa?
insyaAllah persoalan ini saya akan jawab pada coretan yang berikutnya kerana saya ingin biarkan pena itu berkata-kata.
wallahualam.