Salamualaikum warahmatullah…
Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.
Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.
Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.
Pada pengertian cinta ku,
untuk dirimu, yang dicintai itu.
Saling memberilah antara mu dan ku.
Adakan perkara baik, mu dan aku.
Sumber:
http://www.tentangcinta.com/ Puisi di atas ini cukup puitis dan cantik susunan ayatnya(tp bkn saya tlis ye...hehehe) bagi mengambarkan indahya hidup dalam budaya cinta-mencintai dan sayang-menyayangi. Mungkin bila anda membaca apa yang ada di atas ini, anda dapat mengagak apa yang cuba saya sampaikan dalam coretan saya kali ini.
14 Februari
siapa yang tidak kenal dengan tarikh keramat ini. Tarikh yang dijadikan sebagai satu hari yang cukup bermakna bagi pasangan-pasangan kekasih(kononnya) iaitu Valentine’s Day @ dalam lahjah Melayunya,
HARI KEKASIH . Mungkin sebahagian daripada kita sudah lali dengan soal Valentine’s Day ini di samping pembongkaran kenapa ia dipanggil sedemikian kerana sering ia dibicarakan di mana-mana sahaja. Jadi kali ini saya tidak ingin menyentuh mengenai hukum menyambutnya atau sejarahnya(jika ingin info tentang hukum sambutan serta sejarahnya, boleh ke blog BADAR KISAS di
link ini). Mari kita kosongkan minda kita dari segala macam perspektif seterusnya timbulkan 1 persoalan dalam minda kita., kenapa 14 Februari ini digelar HARI KEKASIH?@ lbih tepat lagi mengapa perlu ada HARI KEKASIH?
Mengapa Adanya HARI KEKASIH? Sebelum langkahan diperluaskan, lebih baik kita atur langkahan coretan ini dengan lebih kemas terlebih dahulu. Oleh itu, cuba kita buka minda kita dan fikirkan, mengapa Hari Ibu dan Hari Bapa itu disambut? Sebab yang jelas yang boleh kita fikirkan dengan logik akal kita ialah kerana dua insan ini merupakan insan yang paling mulia yang pernah kita temui dalam hidup kita. Insan yang telah berpenat lelah menjadi medium utama yang menyebabkan kita dilahirkan, menggunakan nikmat Allah yang mereka perolehi sepenuhnya untuk membesarkan kita serta mencorakkan kita yang digambarkan sebagai kain putih di kala kita lahir ini dengan corak yang gemerlapan dan suci dengan sinaran akhlak dan peribadi mantap. Bahkan, tiada sesiapa pun dikalangan kita yang tidak mempunyai ibu dan ayah ,melaikan moyang kita, Adam A.S dan isterinya, Hawa serta Nabi Isa A.S yang tidak berbapa. Oleh hal yang demikian, hari yang khusus diwujudkan sebagai 1 pelantar yang menunjukkan bahawa masyarakat di setiap ceruk dunia menghargai dan menyayangi Ibu dan Bapa.
Samalah hakikatnya dengan Hari Kekasih yang sibuk digembar-gemburkan kini. Mana mungkin Hari Kekasih ini diraikan dan menjadi satu keutamaan pada hari ini jika rata-rata penduduk dunia ini tidak mempunyai satu lagi insan yang penting di dalam hidup mereka selepas ibu bapa yakni seorang KEKASIH atau apa-apa sahaja nama yang sengaja diistilahkan untuk menutup istilah kekasih ini seperti teman tapi mesra, adik angkat, teman belajar dan apa saja nama asalkan masyarakat nampak nama itu berbeza dengan perkataan KEKASIH ini. Tahniah kepada Barat yang berPresidenkan Iblis Laknatullah kerana telah berjaya mencapai matlamat mereka.
Sahabatku sekalian,
Kita sering terlepas pandang soal ini. Hal ini kerana pada realitinya, hidup berkasih-kasih dan bercintan-cintun antara bukan mahram ini adalah rancangan mereka semata-mata atau iaitu rancangan yang berpaksikan mejauhkan kita daripada gaya hidup Islam yang sebenarnya seterusnya mencapai objektif utama iaitu menjauhkan kita daripada Dia. Sememangnya sejak dari Adam A.S diciptakan lagi modus operandi ini telah diwujudkan dan kini bala tentera musuh utama kita ini sedang giat melaksanakannya. Nah! Realitinya telah diketahui dan 1 lagi hakikat yang perlu kita terima ialah kita telah TEWAS kepada mereka.
Kekasih
Mengapa saya berkata sedemikian ialah kerana amalan ber’kekasih’ ini sudah bercanggah dengan ayat Al-Quran yang rata-rata semua daripada kita mengaetahui ayat ini iaitu
“la TAQRABU zina”. Pada sudut lughahnya(bahasa),
TAQRABU berasal daripada perkataan
QARABA yakni
DEKAT@HAMPIRI. Ini bermakna apa sahaja perbuatan yang boleh membawa kepada zina seperti bercinta(zina hati), melihat aksi lucah(zina mata) dan sebagainya adalah
HARAM berdasarkan kaedah istinbat hukum lafaz
LA yang merupakan laam al-amar(lam suruhan) yang berbentuk nahi(jangan) yang membawa maksud
LARANGAN MENDEKATI ZINA. Bercinta ialah salah satu daripada zina hati kerana apabila kita teringat @ terbayang kepada seseorang yang berlainan jantina daripada kita yang boleh dikahwini, ia sudah jatuh hukum zina hati. Zina hati ini memang satu fenomena yang sukar untuk ditepis. Jujur saya katakan, saya sendiri pernah mengalami masalah zina hati ini dan dalam sesi rawatan untuk meencegahnya.
Sahabatku sekalian,
Jika kita lihat pada sirah Rasulullah SAW, Nabi sendiri tidak pernah bercinta sebelum Baginda mengahwini seseorang wanita. Contohnya, sebelum Nabi SAW mengahwini Siti Khadijah, pasangan syurga ini tidak pernah menguntumkan bait-bait cinta sesama mereka dan mereka tidak pernah bercinta selain selepas pasangan syurga ini dinikahkan. Inilah hakikat cinta antara lelaki dan wanita yang hakiki menurut norma kehidupan seorang Muslim iaitu
SELEPAS PERKAHWINAN.
Tuntasnya, bercinta dan berkasih sesama lelaki dan perempuan sebelum diijab kabulkan tidak akan membawa apa-apa faedah kepada kita sebenarnya. Sebaliknya, ia menambah helaian dalam catitan ‘teman’ yang sering duduk di bahu kiri kita. Walaupun ada sebahagian daripada kita yang mengatakan bercinta ini dapat membantu dalam pelajaran atau yang sama waktu dengannya, tetapi sebenarnya sahabat sejantina lebih cekap dalam mebantu kita. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada insan-insan yang sudah terjebak atau yang sudah berniat untuk merasai nikmat dicintai dan mencintai dalam fenomena ciptaan manusia ini supaya cuba untuk tidak meneruskannya. Bagi yang rasa agak sukar, saya sarankan berkahwin atau menghentikannya dengan berhikmah dengan step yang paling awal iaitu
mengikat diri kita kepada Allah dan Al-Quran. Wallahualam…